Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiga Penjenayah Warga Indonesia...

SEREMBAN - Tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di...

Ibu, Rakan Baik Sonny...

IBU bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams dan rakan baik pemain itu...

Ngeri! Rakaman Wanita Terjun...

KECOH menerusi media sosial sejak semalam apabila sebuah rakaman video memaparkan situasi mencemaskan...

Langgar Syarat Lesen: 6...

JOHOR BAHRU – Enam bot nelayan tempatan ditahan di perairan timur Johor, semalam,...

Nahas Helikopter: Jenazah Noriah Kasnon Selamat Dikebumikan

TANJONG KARANG – Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong di sini, awal pagi Sabtu.

Jenazah Allahyarham disemadikan kira-kira pukul 2 pagi di kampung kelahirannya selepas disembahyangkan di Masjid Ar Rahmah, Batu 12 di sini.

Selain anggota keluarga, turut hadir di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Naib presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay.

Sebelum itu, jenazah tiba pada pukul 11.40 malam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira pukul 9.15 malam.

Sanak saudara dan sahabat handai yang berkumpul di perkarangan pangkalan udara itu diselubungi perasaan sedih dan pilu.

Allahyarham, 52, yang juga anggota Parlimen Sungai Besar meninggalkan empat orang anak berumur 29, 24, 21 dan 19 tahun daripada perkahwinan beliau sebelum ini serta seorang anak angkat berumur tiga tahun.


Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang Khamis.

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr. Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori