SEORANG pengurus jenazah berkongsi pengalaman memandikan jenazah seorang lelaki menukar jantina semasa kehidupannya menerusi sebuah portal tempatan. Berikut kisah dialaminya untuk renungan semua:
Bukan berniat untuk mengaibkan jenazah malah menjadi iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa sesuatu yang Allah larang kerana balasan tunai diberi kepada kita. Nauzubillah…
Waris arwah iaitu ibunya ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Hati saya sedikit berdebar di hati namun demi tanggungjawab ini perlu saya laksanakan. Menurut ibu arwah, jenazah menukar jantina dari lelaki ke perempuan.
Saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah lelaki atau perempuan Islam yang telah membuat pembedahan penukaran jantina.
Bagi menguruskan jenazah yang menukar jantina tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.
Selepas saya beri keterangan kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu tiga waris jenazah,ibu dan dua orang abangnya.
Hanya tiga orang waris jenazah ini sahaja yang ada. Saya mandikan jenazah seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.
Setelah selesai, saya angkat jenazah ke tempat mandi, tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan-lahan keseluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit.
Setelah waris arwah melihat ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar.
Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.
Ketika itu mulut saya tiada henti memohon doa agar Allah SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan ke atas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin.
Perlahan-lahan saya memasukkan kapas ke dalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibunya yang mulanya nak bantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana lihat kejadian itu.
Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukkan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.
Sedikit penerangan tentang air sembilan ini ialah tiga air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah. Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya buka kain kafan tadi.
Sekali lagi Allah tunjuk kekuasaan-Nya. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah.
Saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis. Hampir 30 orang sahabat jenazah kesemuanya sejenis sepertinya.
Yang sangat menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit sahaja jenazah di angkat ke dalam van jenazah sambil dilihat oleh sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah, tak tahulah saya apa yang disembangkan.
Ya Allah, mudah-mudahan membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.
Saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.
Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram dari segi syara’ berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah mencipta manusia sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain.
Firman Allah yang bermaksud; “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk.” (Surah At-Tin ayat 4)
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa; “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata; “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Wahai saudara-saudara seIslam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji Allah itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini.
Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji Allah. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepada-Nya. – MYNEWSHUB.CC