USAHAWAN kecil tidak akan mampu membelanjakan RM50 ribu hingga RM250 ribu untuk memiliki pakej pengiklanan di televisyen.
Tafsiran rating dan branding serta costing adalah penghalang utama.
Mana mungkin peniaga butik kecil-kecilan membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membawa produk dan jenamanya ke TV. Mana mungkin peniaga kuih raya menyediakan RM50 ribu untuk mempromosi keenakan cookiesnya.
Televisyen bagi usahawan kecil hanyalah impian. Atau barangkali, berasa trauma mengingatkan caj iklan yang bukan-bukan harganya.
“Banyak produk usahawan kita yang ada potensi berkembang menjauhi iklan televisyen. Bagi mereka harga iklan sangat menakutkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.
Televisyen bukan semata-mata soal mengaut untung dan memenuhkan kantung. Soal agenda membantu usahawan kecil juga satu keutamaan.
“Melalui kempen Tangungjawab Korporat (CSR) TV Alhijrah, semua usahawan kini boleh mengiklankan produk di TV Alhijrah,” jelas Izelan Basar.
Harganya sangat murah dan amat berbaloi. Terutama bagi usahawan pakaian, kuih raya, aksesori raya, reka hias dalaman malah syurga bagi usahawan tudung dan songket.
Bagi usahawan yang berminat untuk meluaskan kuasa promosi jenama mereka di TV Alhijrah, jangan lupa lawati Facebook TV Alhijrah atau Instagram tvalhijrah 114.
Kini luaskan kuasa jenama anda di televisyen.
Tak mahal pun! - MYNEWSHUB.CC