Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjutkan...

KOTA KINABALU - Tempoh perintah berkurung fasa ke-15 di kawasan perairan Zon Selamat...

Bangunan Makmal Patologi HKL...

GEMPAR... Sebuah bangunan dipercayai makmal patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) di ibu negara...

KKM Nafi Hospital Serdang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Hospital...

SPRM Tahan Profesor Kes...

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengarah di sebuah...

Jom Pakat Serbu Karnival Himpunan Jaguh Se-Malaya

KUALA SELANGOR – ORANG ramai dijemput untuk menghadiri Karnival Himpunan Jaguh Semalaya 2016 yang bakal diadakan pada 6 Ogos ini di Pusat Dagangan Alam Jaya, Puncak Alam.

Program yang menghimpunkan pemilik dan penggemar motosikal Modenas Jaguh ini, adalah acara yang diadakan buat julung-julung kalinya sejak sekian lama.

Menurut Presiden Modenas Jaguh Fans Club (MJFC) Shahidan Yahya, 43, program tersebut diilhamkan oleh para pemilik Jaguh yang sudah lama berhasrat mahu mengadakan aktiviti tersebut.

Saya ingin menyambung hasrat ‘otai-otai’ yang telah lama mengidam hendak mengadakan acara ini tapi sering tidak kesampaian.

“Kali ini sudah tiba waktunya saya meneruskan hasrat mereka yang juga impian saya sendiri,” ujarnya ketika ditemui Mynewshub di sini semalam..

jaguh4
Shahidan Yahya, Presiden MJFC.

Shahidan yang juga merupakan pemilik bengkel Green Garage di kawasan Puncak Alam berkata, program tersebut dibuka kepada orang ramai bagi menyaksikan kehebatan pemilik Jaguh menghiasi jentera masing-masing.

Bagaimana pun tambahnya, pemilik motosikal Modenas Jaguh yang tidak melakukan sebarang modifikasi juga tetap dialu-alukan menyertainya.

Tak kisah walaupun motosikal tiada sebarang pengubahsuaian, penyertaan anda sangat dialu-alukan kerana hobi kita serupa,” katanya.

jaguh3
Bengkel Green Garage yang terletak di Alam Jaya, Puncak Alam.

Selain menghimpunkan kelab-kelab motosikal Jaguh di seluruh tanah air yang merupakan objektif utama program, pertandingan autoshow dan motosikal berhias turut dirancang diadakan.

“Saya menjangkakan penyertaan lebih daripada ratusan pemilik Jaguh di utara dan selatan tanah air.


Selain itu, terdapat acara selingan bagi menggamit kehadiran orang ramai seperti game show dan cabutan bertuah. Turut diadakan slot bengkel kecil buat peminat yang masih baharu dan ingin mendalami bidang permotoran.

“Paling utama, program ini untuk memberi peluang kepada peminat permotoran melihat lebih dekat keunikan motor kebanggaan tempatan yang diubah suai setiap peserta karnival terutamanya dari aspek hiasan dan nilai kreativiti,” tambahnya.

Shahidan turut meluahkan harapannya agar karnival yang dirancang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan peminat Jaguh sendiri, seterusnya boleh dijadikan acara tahunan bersama MJFC.

Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini boleh melayari laman Facebook Himpunan Jaguh Semalaya atau menghubungi talian 013-2615291.

Karnival anjuran MJFC ini, turut mendapat kerjasama daripada Green Garage, Modenas, Choppers Garage dan Hungry Ghost Custom Inc.

Jangan lupa tanda di kalendar, jom ramai-ramai meriahkan karnival ini yang dirancang diadakan dari jam 8 pagi hingga 7 malam, 6  Ogos depan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori