Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seleweng Dana: 2 Bekas...

PUTRAJAYA - Dua bekas setiausaha kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

Persembahan Tajul Hambar Kerana...

SHAH ALAM - Penyanyi Tajul Arif memberitahu sikap pemalu dan gemuruh dalam dirinya...

LC Restaurant Nafi Ada...

KUALA LUMPUR - Pengurusan restoran nasi kandar LC Restaurant di Kampung Baru di...

Dadah Bernilai RM329,250 Dirampas...

KUCHING - Polis Sarawak merampas dadah jenis syabu dan ekstasi bernilai RM329,250 menerusi...

Juara EPL, Leicester Tiba Di Bangkok

BANGKOK – Juara Liga Perdana Inggeris yang baharu, Leicester City Football Club (LCFC) milik hartawan Thai, Vichai Srivaddhanaprabha, tiba di sini awal hari ini untuk meraikan kejayaan itu bersama penyokong mereka.

Ketibaan skuad bimbingan Claudio Ranieri di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi itu disambut sekumpulan penyokong kelab itu di negara ini yang dikenali dengan gelaran ‘Siamese Foxes’.

Bagaimanapun kunjungan LCFC ke Thailand tidak disertai beberapa pemain bintangnya seperti penyerang Jamie Vardy dan Danny Drinkwater yang sedang menjalani latihan persiapan skuad England bagi menghadapi kejohanan Euro 2016 tidak lama lagi.

Menurut laman sosial rasmi kelab itu, turut tidak bersama dalam kunjungan kelab berkenaan ke negara kelahiran pemiliknya ialah Riyad Mahrez dan N Golo Kante serta dua pemain lain.

Skuad bimbingan Ranieri itu akan menghadiri sidang media di bangunan Kompleks King Power di Rangnam, Bangkok hari ini dan mempamerkan Piala Liga sebelum dijadualkan berkunjung ke Royal Palace pagi esok.

Ketika di Royal Palace, pemain-pemain akan menandatangani buku mengucapkan kesihatan baik kepada Raja Thai sebelum berarak ke pusat bandaraya Bangkok untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong mereka di negara ini.


Menurut media tempatan, LCFC dipercayai akan berada di Thailand selama seminggu.

Vichai yang dikenali sebagai seorang daripada individu terkaya di Thailand menerusi syarikat bebas cukainya, King Power International Group, membeli kelab bola sepak itu pada 2010 dan dilantik sebagai pengerusinya setahun kemudian.

Kali terakhir LCFC melawat Thailand adalah pada tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori