PELAKON Juliana Evans mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berketurunan kerabat diraja.
Walaupun terbuka berkongsi mengenai hal tersebut, namun pelakon berusia 27 itu tidak mahu mendedahkan nama jejaka kacak berkenaan.
Juliana Evans Share Gambar Kekasih Di Instagram?
Memetik Mangga Online, Juliana berkata, “Ya, saya akui sedang rapat dengan pemuda itu. Kami masih dalam proses mengenali hati budi.
“Buat masa ini memang dialah pemuda yang dekat dengan saya. Namun maaf saya belum boleh kongsi siapakah namanya. Tetapi tumpuan utama saya ialah pada kerja,” ujar pemilik nama sebenar Juliana Sophie Evans itu.
Hubungannya dengan pemuda berkenaan menjadi bualan hangat selepas pelakon itu berkongsi gambar mesra mereka ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini.
Juliana yang merupakan graduan jurusan media dan perfileman dari Amerika Syarikat sebelum ini pernah bercinta dengan hero gandingannya dalam filem Hantu Bonceng, Zizan Razak. – MYNEWSHUB.CC