Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Leoncino 500 Taruhan Terbaharu...

PASTINYA peminat motosikal di negara ini tentu berasa amat teruja dengan taruhan terbaharu...

Kaitan TRX Dengan 1MDB...

KUALA LUMPUR – Perkembangan baharu dan keyakinan antarabangsa terhadap projek Tun Razak Exchange...

Palestin Anggap Kerajaan Baharu...

GAZA - Kumpulan pejuang Hamas pada Ahad berkata mereka tidak mengharapkan berlakunya perubahan...

“Bukan Mukhriz Vs Najib”

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kaitan dengan...

Jurujual Maut, Seorang Cedera Digilis Treler Di MRR2

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual di Keramat maut manakala rakannya cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan treler di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), tengah malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan sebelum digilis treler berkenaan di susur Pandan Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kedua-dua mangsa adalah wanita berumur 18 tahun dan ketika itu mereka dalam perjalanan menuju ke arah Pandan Indah.

“Motosikal yang berada di lorong kiri itu dipercayai hilang kawalan dan terjatuh sebelum digilis treler yang dipandu lelaki berusia 33 tahun yang tidak menyedari kehadiran motosikal mangsa,” katanya.

Beliau berkata penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemboncengnya pula cedera dan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.


Hamzah berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,”katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori