Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Cukup-Cukuplah… Tun M Jangan...

SHAH ALAM - Malaysia perlu mengambil peluang sebaiknya selepas berjaya memperoleh kerusi tidak...

VIDEO: Menggerunkan… Prank Kena...

Bayangkan jikau anda merupakan saksi pembunuhan di depan mata sendiri, apa agaknya tindakan...

Remaja OKU, Muhammad Firdaus...

SEREMBAN - Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam...

Muzium Alam Semula Jadi...

PUTRAJAYA - Sebaik melangkahkan kaki ke dalam Muzium Alam Semula Jadi di Presint...

Kampung Teletubbies Sudah Wujud Di Yogyakarta

KANAK-KANAK yang lahir pada era 1990-an pastinya masih ingat dengan siri animasi popular, Teletubbies yang menceritakan tentang empat watak bernama Tinky Winky, Dipsy, Lala dan Po.

Dalam animasi tersebut, empat karakter yang berwarna merah, hijau, ungu dan kuning ini tinggal di sebuah rumah setengah bulatan di tengah bukit hijau.

Siapa sangka rupa-rupanya rumah setengah bulatan ini tidak hanya ada dalam cerita fiksyen kanak-kanak semata-mata, sebaliknya benar-benar wujud di wilayah Kabupaten Sleman, Yogyakarta, Indonesia.

Rumah-rumah berbentuk unik yang terletak di Dusun Nglepen, Desa Sumberharjo ini dikatakan sudah berusia 10 tahun dan begitu popular oleh masyarakat setempat hingga digelar Kampung Teletubbies.

Kampung Teletubbies Sudah Wujud Di Yogyakarta

Kampung Teletubbies Sudah Wujud Di Yogyakarta

Kampung Teletubbies Sudah Wujud Di Yogyakarta

Kampung Teletubbies Sudah Wujud Di Yogyakarta

Kampung Teletubbies Sudah Wujud Di Yogyakarta


Rumah-rumah ini dilaporkan dibina setelah kejadian gempa bumi hebat yang terjadi di Yogyakarta pada 2006 yang lalu.

Kampung bernama ‘New Nglepen’ ini dikatakan mempunyai 80 binaan yang terdiri 71 rumah penduduk, enam fasiliti seperti masjid dan kelinik kesihatan.

Kebanyakan rumah berbentuk kubah ini berwarna putih dilengkapi dengan ruang tamu, dua bilik tidur, dapur dan bahagian atas yang berlantai kayu.

Kerana keunikannya, kampung ini menjadi popular hingga dikunjungi oleh ramai pelancong khususya pada hujung minggu.

Difahamkan, pengunjung yang masuk ke dalam perkampungan itu dikenakan bayaran sebanyak 3,000 rupiah (RM1) dan terdapat kostum Teletubbies untuk menghiburkan pengunjung. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori