Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KKLW Senarai Infrastuktur, Premis...

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang menyenaraikan jumlah...

Azmin Marah, Kecewa PAS...

KLANG - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali marah dan kecewa...

Ikrar Menyokong Tatakelakuan Industri...

Perkerja seni harus jujur dan ikhlas dalam melakukan kerja seni mereka. Hormati kerja dan karya, sebelum, semasa dan selepas mengerjakannya. Kesenian akan menjadi rendah darjatnya jika pekerja seni hilang hormat pada kerja dan karyanya.

Graduan Protes: Kit Siang...

PETALING JAYA - Veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa Universiti Malaya...

Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera Dikelar Bapa Kandung

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera selepas dikelar oleh bapa kandungnya di Kampung tengah Kodiang, Kedah, 21 Mei lalu.

Suspek yang berusia 29 tahun turut cedera dalam kejadian tersebut apabila dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam dadanya, kata Ketua polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku ACP Abdul Rahim Abdullah.

Kedua-dua mangsa dan suspek kini menjalani rawatan di Hospital Kangar dan dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

Abdul Rahim menjelaskan ketika kejadian, isteri suspek dan nenek mangsa berada di luar rumah ketika suspek tiba di rumah dan mengunci pintu menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam rumah.

“Nenek mangsa kemudian mendengar jeritan cucunya sebelum suspek membuka pintu dalam keadaan mereka berdua berlumuran darah.


“Pihak polis menahan suspek yang terbaring di ruang tamu dengan kecederaan di dada kirinya dan merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut,”  kata Abdul Rahim dalam satu kenyataan.

Isteri suspek memaklumkan pihak polis bahawa suaminya mempunyai rekod sakit mental dan mengalami kemurungan sejak seminggu yang lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori