Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

PKP 3.0 Dilanjutkan, Bantuan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0...

2 Datuk Didakwa Tipu...

KUANTAN - Dua ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di...

Mia Ahmad Nikah Pemain...

PELAKON jelita berhijab, Mia Ahmad mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman solo dengan penjaga gol pasukan bola...

FAM Rujuk Jawatankuasa Isu...

ISU kegagalan tiga pemain Selangor menyertai kem latihan skuad Pilihan Malaysia akan dirujuk...

Kanak-Kanak Terjatuh Longkang Di Segambut Dalam Ditemui Lemas

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dipercayai terjatuh dalam longkang besar di Segambut Dalam, di sini petang semalam ditemukan lemas di Sungai Klang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata mayat Saufullah Hamin Al Hilal Hamim ditemukan pada pukul 11.20 pagi tadi oleh pasukan bomba dan ahli keluarga mangsa.

Azizan berkata mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Sebelum ini, usaha mencari mangsa yang dilaporkan hilang sejak petang semalam dipergiatkan dengan penambahan anggota bomba hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya telah menyambung misi operasi mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi tadi dan akhirnya mayat mangsa ditemukan selepas lebih dua jam mencari di tebing sungai.


Semalam, mangsa dipercayai lemas apabila dihanyutkan air deras selepas terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam, kira-kira pukul 4 petang.

Operasi mencari yang disertai anggota bomba dari Jinjang, Bukit Bintang dan Sentul dan anggota Polis Diraja Malaysia(PDRM) itu disambung hari ini setelah mangsa gagal ditemui sehingga tengah malam tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori