Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hadiah 240 Donut...

INI mungkin kali pertama di mana anggota polis diberikan donut, namun mereka tidak...

86 Mesin Judi, Wang...

BAGAN SERAI - Sebanyak 86 mesin judi disita selain wang tunai RM2,730 dirampas...

Arahan Pelik Hasut Murid...

ANEH... Netizen tempatan sejak semalam kecoh dengan satu pekeliling oleh Pejabat Pendidikan Daerah...

JPNT Sedia Pelan Tindakan...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengenal pasti semua pusat...

Karier Nyanyian Ippo Hafiz Dapat Sokongan Keluarga

IPPO Hafiz penyanyi yang sedang meningkat naik menerusi lagu-lagu runut bunyi drama-drama bersiri antaranya Cinta Si Wedding Planner yang pernah bersiaran di rangkaian Media Prima baru-baru ini akui hasrat untuk menjadi penyanyi pernah ditentang keluarga.

Namun menurut Ippo kepada sebuah portal, karier sebagai penyanyi ditentang oleh keluarrganya kerana dikhuatiri dirinya akan hanyut dengan populariti.

Jelasnya lagi, kedua ibu bapanya berharap dia mendalami ilmu agama dan menjadi seorang uztaz. Namun disebabkan minat yang mendalam dalam dunia seni nyanyian akhirnya mereka akur dengan karier yang dipilih itu.

“Ayah dan ibu sebenarnya mahu saya menjadi seorang Tahfiz atau ustaz malah saya pernah dihantar belajar di sebuah sekolah pondok.

“Bagaimanapun melihat kecenderungan saya terutamanya dalam bidang penulisan lirik dan gubahan lagu mereka akhirnya akur saya menyertai bidang seni.

“Mereka meletakkan syarat agar saya bijak membawa diri dan menjaga nama baik keluarga dan amanat dan restu itu saya pegang sehingga hari ini,” katanya.

Karier Nyanyian Ippo Hafiz Dapat Sokongan Keluarga
Ippo Hafiz

Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 27, pernah mencatat fenomena tersendiri apabila lagu Kekal Bahagia mendapat sebanyak 6 juta tontonan dan menduduki tangga kedua carta single iTunes Malaysia dan Asia.

Tambah Ippo kepada portal itu lagi, dia bersyukur bahawa dirinya diterima dan lagunya menjadi siulan ramai.


“Selama ini orang tahu lagu-lagu saya tetapi kurang mengenali diri saya. Namun saya bersyukur kerana bakat saya semakin diterima dan lagu-lagu saya jadi siulan ramai.”

Walaupun dirinya sedang meningkat naik, Ippo akui dirinya tertekan dalam memastikan setiap lagu yang dihasilkan menepati citarasa peminatnya.

“Tak dinafi, agak tertekan juga kerana pendengar tentunya mengharapkan yang lebih lagi selepas lagu-lagu saya sebeum ini. Tapi saya anggap itu sebagai satu cabaran,” katanya.

Perkembangan terbaru Ippo, dia akan mengadakan konsert jelajah tidak lama lagi dan akan turut menampilkan barisan pelakon-pelakon daripada drama yang pernah menggunakan lagunya sebagai runut bunyi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori