Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ronda Cegah Jenayah Bongkar...

KUALA LANGAT - Rondaan polis semasa operasi pencegahan jenayah membongkar penemuan mayat kes...

Prasarana Buat Laporan SPRM,...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa...

Bayi Perempuan Baru Lahir...

KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditinggalkan di atas siling...

2,000 Batang Lemang Diedar...

KEMAMAN - Sebanyak 2,000 batang lemang diedarkan kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2...

Kastam Tumpas Cubaan Seludup Syabu Bernilai RM3.5 Juta

KOTA KINABALU – Kastam Sabah menumpaskan cubaan menyeludup syabu seberat 6.239kg bernilai RM3.5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 21 Mei lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata seorang lelaki berumur 34 tahun ditahan ketika mengambil bagasinya kira-kira pukul 3.40 petang selepas tiba dari Kuala Lumpur.

“Dadah itu dibungkus dalam enam bungkusan plastik dan dibalut dengan surat khabar lama sebelum dimasukkan dalam satu kotak.

“Kita mencurigai kandungan kotak itu dan melakukan imbasan terhadap kotak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Janathan berkata pihaknya percaya lelaki itu mungkin terlibat dengan sindiket penyeludupan dadah kerana berat dan nilai rampasan adalah besar.


Ditanya mengapa bagasi lelaki itu tidak diimbas terlebih dahulu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibenarkan menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu, beliau berkata kastam biasanya tidak melakukan pemeriksaan bagasi untuk penerbangan domestik.

Jelasnya, ini kerana barang melalui penerbangan domestik tidak melibatkan duti kastam.

“Bagaimanapun, memandangkan Sabah sering menjadi transit penyeludupan dadah, kastam negeri sentiasa membuat pemeriksaan, termasuk menggunakan anjing pengesan untuk mengesan dadah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori