Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Latihan Tembakan Torpedo Kapal...

KUALA LUMPUR - Sebuah torpedo Black Shark yang dilancarkan dari Kapal Selam KD...

Adam Corrie, Tokoh Maal...

SALAM Maal Hijrah 1439 kepada seluruh umat Islam dan semoga kehadiran tahun baharu...

DBKL Sita Barangan Milik...

KUALA LUMPUR - Barangan milik 132 penjaja yang tidak berlesen telah disita Dewan...

7 Pemain Baru Perkuat...

KUALA LUMPUR – Bakal pencabar kejuaraan Liga Super 2019, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor...

Kegagalan Terbit IPO Punca Masalah 1MDB

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan, kegagalan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) akibat ‘diserang’ adalah faktor utama syarikat itu berdepan masalah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini berikutan pendekatan 1MDB menggunakan kaedah pembiayaan hutang bagi perniagaannya yang memerlukan penerbitan IPO dalam masa singkat.

“Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

“Bagi 1MDB, kita gunakan ‘debt funding’ (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.

“Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai,” katanya dalam rancangan temubual khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri bersempena ulangtahun ke-70 UMNO yang disiarkan di saluran TV1 RTM, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Najib berkata laporan mengenai 1MDB turut dibuat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membuktikan sebarang kepincangan atau salah laku beliau dalam syarikat pelaburan strategik berkenaan.


“PAC sudah bentangkan hasil laporannya. Malah, Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw yang juga ahli pembangkang, telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa mengikut pengamatannya, saya tidak melakukan sebarang kesalahan (dalam 1MDB).

“Saya anggap soal 1MDB ini sebagai satu masalah perniagaan yang modelnya mungkin tak berapa sesuai, terlalu tinggi ‘gearing’ (tahap kadar hutang),” katanya.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu sebaliknya dijadikan modal politik oleh pihak tertentu yang cuba menjatuhkannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori