Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TPM Arah KPN Lebih...

PUTRAJAYA - Perbuatan terbaharunya sengaja tunjuk gambar menerusi Facebook sedang guna kertas yang...

Polis Cekup 55 Individu...

KUANTAN - Polis telah menahan seramai 55 orang yang dipercayai terlibat dengan...

AirAsia Gesa Mavcom Kaji...

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd mengesyorkan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) agar mengkaji...

Banjir: Jepun Beri Bantuan...

Musibah banjir yang melanda di beberapa buah negeri di pantai timur dan Pahang...

Pasukan Termiskin Liga M Punca Prestasi Lemah Kelantan

KUALA LUMPUR – “Kelantan adalah pasukan dengan modal paling kecil dan paling miskin dalam Liga Super 2016”.

Demikian luahan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengenai prestasi pasukan itu yang terumbang-ambing setakat musim ini.

Kata beliau, Kelantan satu-satunya pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia yang belum mempunyai bajet mencukupi bagi meneruskan saingan pada tahun ini.

“Pengurusan terpaksa terus menerus mencari tajaan yang belum mencukupi untuk bajet tahun ini. Satu lagi tahun yang sukar (buat Kelantan),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar dalam pada itu melahirkan rasa kesal kerana tidak ramai mahu membantu pasukan Kelantan mengharungi Liga Malaysia pada tahun ini.

Menurut beliau, Kelantan masih belum mampu membentuk pasukan yang berkualiti kerana pelbagai kekurangan yang masih menimpa pasukan itu.


Bagaimanapun, beliau memberi jaminan, KAFA akan terus berusaha untuk memastikan pasukan Kelantan kekal dalam Liga Super pada tahun depan supaya tidak mengalami nasib seperti bekas pasukan juara yang lain.

“Dari segi prestasi kini di tangga ke lima selepas sembilan perlawanan dengan jaringan ketiga terbanyak dan masih tanpa kalah di gelanggang sendiri.

“Ada dua lagi perlawanan untuk pusingan pertama melawan Felda dan Selangor di tempat lawan. Atas kertas kita bakal tewas kedua-duanya tetapi Kelantan ada kala mampu buat kejutan,” katanya lagi. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori