SETELAH keletihan kerana seharian bekerja dan menempuh perjalanan pulang ke rumah yang memakan masa, apa kata lakukan sesi relakskan diri sebelum tidur. Contohnya dengan mengurut kaki…
Walaupun kedengaran remeh, sebenarnya mengurut kaki sebelum tidur pada waktu malam mempunyai banyak kelebihan dan manfaat. Berikut antaranya:
Memberikan tidur yang lebih nyenyak.
Mengurut kaki sambil mendengar lagu kesukaan akan menimbulkan rasa tenang dan mengembalikan tenaga. Rasa tenang dan nyaman itu akan membuatkan tidur anda lebih nyenyak.
Melancarkan aliran darah.
Gaya hidup dan kasut yang dipakai seharian boleh menghambarkan aliran darah dalam badan. Menutup hari dengan mengurut kaki boleh membantu melancarkan semula pengaliran darah yang sudah terganggu sepanjang hari.
Menghilangkan lenguh pada kaki.
Masalah kelenguhan kaki boleh diatasi dengan cara urutan yang betul. Masalah bau pada kaki juga boleh menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar.
Menstabilkan tekanan darah.
Beberapa kajian mendapati urutan kaki dapat menstabilkan tekanan darah terutamanya jika seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi. - MYNEWSHUB.CC