PEROGOL yang didapati bersalah di Indonesia kini bakal menghadapi hukuman yang lebih berat, yang mana kemaluan mereka akan dipotong dan kaki ditanam mikrocip selepas menamatkan tempoh tahanan penjara.
Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Budayanya, Puan Maharani, kerajaan telah bersetuju dengan hukuman tersebut selepas mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan Presiden Joko Widodo, baru-baru ini.
Penggunaan mikrocip bertujuan untuk memantau dan membolehkan masyarakat tahu pesalah adalah merupakan bekas perogol selain mengetahui pergerakan individu tersebut.
Pelaksanaan undang-undang baharu itu adalah sebagai susulan kepada kes rogol yang semakin membimbangkan di Indonesia.
Minggu lepas, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui mati tragis selepas diperkosa 14 lelaki di Sumatera.
Kes itu mendapat perhatian menyeluruh masyarakat di sana sehingga ia mencetuskan kemarahan ramai. – MYNEWSHUB.CC