Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jamal Cadang Tengku Zafrul...

SUNGAI BESAR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

TEKUN Timbang Guna Khidmat...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kemungkinan menggunakan khidmat agensi pengutip...

Penjawat Awam Di Sabah...

SANDAKAN - Penggunaan bahasa kebangsaan di Sabah dalam kalangan penjawat awam mencapai 95.7...

Almy Masih Terkejut Fizz...

"PANGGIL nama sahaja, tak perlu panggil Datin...." Itulah permintaan isteri kepada Fizz Fairuz iaitu...

Kemarau Di Johor, Singapura Kehabisan Durian

KEMARAU yang melanda selatan tanah air menyebabkan penghasilan buah durian merosot sekali gus mengakibatkan warga seberang Kota Singa terpaksa menunggu lebih lama untuk menikmati buah tersebut.

Menurut pemilik ladang dan pembekal ‘raja buah’ itu kepada sebuah portal negara itu, MediaCorp. Singapura, kuantiti yang dituai pada tahun ini lebih kecil berbanding biasa malah kualitinya juga tidak menentu.

Kemarau Di Johor, Singapura Kehabisan Durian

Menurut Tan Sue Sian, pemilik Top Fruits yang memiliki 3,000 pokok durian di Johor memberitahu bahawa kebunnya mengalami kemerosotan hasil tuaian sebanyak 70 peratus sepanjang tahun lalu.

Malah harga durian yang dieksport ke Singapura dan China juga terpaksa dinaikkan sebanyak 30 peratus ekoran kekurangan penawaran bekalan berbanding permintaan tinggi rakyat di kedua-dua negara itu.

Jelas Tan kepada portal tersebut, untuk proses pertunasan, pokok durian memerlukan cuaca yang panas manakala pembungaan pula ia memerlukan keadaan lembab (hujan) jika tidak buah tidak akan terhasil.

Tambahnya lagi, sekiranya tiada hujan pada bulan Mac dan April, buah yang dihasilkan tidak bermutu, malah saiznya juga lebih kecil.


Beberapa pembekal durian popular di negara itu yang biasa mendapatkan bekalan ‘raja buah’ di seberang Tambak Johor terpaksa merantau ke sebelah utara Semenanjung bagi mendapatkan bekalan seperti dari Pulau Pinang.

Kemarau Di Johor, Singapura Kehabisan Durian

Walau bagaimanapun, rata-rata pelanggan mereka memberikan sambutan positif terhadap buah durian yang di ambil dari Pulau Pinang itu.

Difahamkan, musim durian kebiasaannya bermula dari Jun hingga September, namun tahun ini ia dianggarkan bermula agak lewat iaitu antara Julai hingga Oktober. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori