Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Great Research Paper Topics

Custom essay composing really isn't any diverse. Now you are able to relax...

Euro 2016: Perancis, Jerman,...

TUAN rumah kejohanan Euro 2016, Perancis mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan...

Akauntan Malaysia Juara Masterchef...

SEORANG akauntan dari Malaysia, Diana Chan menjuarai program realiti masakan popular, Masterchef Australia...

SAPP Ulangi Sokongan Terhadap...

Kota Kinabalu : Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengulangi sokongan Gabungan Rakyat...

Kembalikan Kuasa Agong, Raja Teliti RUU – Sultan Johor

JOHOR BAHARU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.

Baginda bertitah langkah itu adalah perlu kerana tidak wajar sekiranya kuasa itu dihadkan atau dihapuskan.

Sultan Ibrahim bertitah ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai ‘rubber stamp’ untuk menurunkan cap mohor terhadap undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya tahu perkara ini berlaku di peringkat persekutuan dan beberapa negeri tetapi tidak di Johor.

“Saya berharap perkara ini dapat diperbetulkan,” titah baginda ketika merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia, di sini hari ini.

Baginda merujuk kepada Perkara 40 (1A) dan Perkara 66 (4A) Perlembagaan yang dibuat oleh Parlimen yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat kerajaan.

Pindaan itu turut membabitkan Fasal (3) Perkara 43A; memotong Fasal (6) Perkara 55; Perkara 65; dan Perkara 66 mengenai kuasa memperkenan Yang di-Pertuan Agong mengenai rang undang-undang yang sudah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pada Mei 1994, sebanyak 44 perkara termasuk tiga jadual dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Berangkat sama ke perasmian persidangan itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswaran dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Sultan Ibrahim bertitah, sesuatu undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri hanya boleh berkuat kuasa selepas diperkenan Raja dan oleh yang demikian, tidak boleh tidak, hubungan antara Raja, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif adalah saling melengkapi antara satu sama lain dalam membentuk sesebuah pentadbiran kerajaan negeri yang cekap dan berkesan.


Baginda bertitah, peranan Raja dalam hal ehwal negeri juga adalah penting selain daripada peranan yang dimainkan oleh Badan Eksekutif, Speaker dan anggota Dewan sendiri.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa Yang Dipertua atau Speaker mesti mempunyai ilmu pengetahuan mendalam mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh sesebuah negeri dan bukan sekadar mahir mengenai peraturan-peraturan mesyuarat sahaja.

Sultan Johor bertitah, baginda percaya, walaupun Yang Dipertua atau Speaker mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama, namun mereka berhadapan dengan suasana persekitaran dan anggota Dewan yang berbeza.

Menurut baginda, peranan Yang Dipertua atau Speaker dalam menguruskan persidangan Parlimen atau DUN bukanlah tugas mudah kerana ia tidak dinyatakan dengan terperinci di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri.

“Tambahan pula, apabila berhadapan dengan anggota Dewan yang berbeza parti politik, Speaker Dewan mestilah bersikap adil dan neutral dalam memberi peluang kepada anggota Dewan menyerati perbahasan,” titah baginda sambil mengingatkan anggota Dewan supaya menjaga imej dan menggunakan tutur kata sopan ketika berbahas.

Mengenai persidangan tersebut, Sultan Ibrahim berharap ia dapat memberikan manfaat kepada setiap peserta dalam menambah ilmu pengetahuan melalui pertukaran dan perkongsian pengalaman bagi mengukuhkan badan perundangan di peringkat pusat dan negeri masing-masing.

Baginda turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Parlimen Malaysia kerana memilih Johor untuk menjadi tuan rumah persidangan kali ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori