Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji Perlu Bayar...

SEPANG - Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan bayaran 300 Saudi Riyal (SAR) (bersamaan...

Jangan Cetuskan Api Perselisihan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Mahasiswa Wajar Tak Bincang...

PAUH PUTRA (Arau) - Perkembangan teknologi yang memudahkan segala isu dan perkara dibincangkan...

Lelaki Muslim Beri Hadiah...

SETIAP perayaan di seluruh dunia ini disambut bukan setakat untuk mendekatkan diri dengan...

Kembara Kerjaya Johor Sediakan Hampir 4,000 Pekerjaan

ISKANDAR PUTERI – Hampir 4,000 peluang pekerjaan disediakan dalam program Kembara Kerjaya Johor yang diadakan di empat daerah dari 20 hingga 22 Mei ini.

Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R. Vidyananthan berkata ini adalah tahun ketiga kembara seumpama itu dianjurkan selepas diperkenalkan pada 2014.

Program itu mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), katanya.

“Kembara kali ini membabitkan daerah Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Baharu yang menawarkan pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk perkilangan, teknikal dan hospitaliti.

“Perasmian program ini akan diadakan di Felda Ulu Belitong, dekat Kluang pada 20 Mei sebelum bergerak ke Kulai dan Kota Tinggi manakala majlis penutup di Padang Kawad UTM, Skudai, pada 22 Mei,” katanya kepada pemberita di Kota Iskandar, semalam.

Vidyananthan berkata kembara bertemakan ‘Ke Arah Johor Berkemahiran’ itu bakal disertai 39 agensi kerajaan, swasta, pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta pusat latihan kemahiran dengan konvoi kembara membabitkan 56 kenderaan termasuk 20 motosikal berkuasa tinggi.

Beliau berkata sebanyak 30 majikan menyertai program di Felda Ulu Belitong yang menyediakan 1,542 kekosongan jawatan kepada anak muda atau pencari kerja termasuk syarikat Guocera Tile Industries Sdn Bhd, Jackspeed Leather Special Sdn Bhd dan Tradewind Plantation.


Katanya bagi program di perkarangan Perpustakaan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi pula, sebanyak 20 majikan menyertainya dengan menawarkan 1,374 peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk Kota Tinggi manakala 1,000 kekosongan jawatan ditawarkan 30 majikan pada program di Padang Kawad UTM.

“Seramai 12,000 orang mengunjungi Kembara Kerjaya Johor 2.0 tahun lepas yang diadakan di Kulai, Tangkak dan Segamat dan 1,086 daripadanya berjaya ditempatkan dalam pekerjaan, 952 orang lagi mendaftar untuk mengikuti latihan kemahiran manakala sebanyak 52 usahawan baru dilahirkan,” katanya.

Menurut Vidyananthan, selain tawaran kerja, pengisian lain pada kembara itu termasuk kursus pendek membaiki motosikal, membuat roti dan urutan serta maklumat mengenai peluang kerjaya dalam industri peruncitan oleh Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) di Kulai.

Perbadanan Usahawan Johor (EDC) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) pula akan memberikan khidmat termasuk bantuan pinjaman dan sebagainya, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori