Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Serpihan MH370 Ditemui Di...

DUA serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada 2014 ditemui di Seychelles,...

Pesawat Rusia Bawa 224...

SEBUAH pesawat komersial Rusia yang membawa sejumlah 217 penumpang dan tujuh anak kapal...

1MDB: Polis Fail Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Polis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap lima individu termasuk ahli...

Bekas Anggota Polis Antara...

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk seorang bekas anggota polis berpangkat lans koperal...

Kenaikan Tangga Gaji Warga ATM Satu Pengiktirafan

KUALA LUMPUR – Kenaikan tangga gaji anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini merupakan pengiktirafan dan tanda penghargaan kerajaan kepada jasa dan peranan ATM yang berkhidmat di negara ini.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sejumlah 131,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan termasuk warga ATM akan menikmati kenaikan satu tangga gaji bermula 1 Julai ini.

Beliau berkata ini lebih bermakna dan menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kebajikan warga ATM dalam meringankan beban sara hidup semasa.

“Warga ATM yang terlibat atau mendapat manfaat daripada penambahbaikan skim gaji ini seharusnya bersyukur.

“Oleh itu, warga ATM disaran sentiasa memberi perkhidmatan terbaik serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara daripada ancaman luar,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Kamarulzaman menyifatkan penambahbaikan skim gaji yang diumumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai berita yang menggembirakan bagi warga ATM secara umumnya.

“Sebagai warga ATM, apa yang penting adalah kita memikul tanggungjawab dan amanah diberi dengan baik dan bukannya mngharapkan imbuhan itu untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Saya berharap kenaikan ini mampu menarik minat kaum bukan bumiputera untuk menyertai ATM,” katanya kepada Bernama.

Bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda, ini merupakan permulaan yang baik bagi warga ATM untuk terus membina kerjaya mereka.

“Mereka (anggota ATM) akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Kenaikan gaji ini menunjukkan bahawa kerajaan telah mendengar rintihan dan
keluhan warga ATM yang selama ini telah disuarakan,” katanya.

Azih berkata kenaikan gaji ini yang mengikut kelayakan akademik mampu menarik siswazah terutamanya mereka yang telah lama mengganggur untuk menyertai perkhidmatan ATM.


“Saya yakin jumlah pengangguran siswazah lepasan universiti dan kolej di negara ini akan dapat dikurangkan sekiranya mereka menyertai bidang ketenteraan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El Muhammady berkata kenaikan gaji tentera yang kompetitif itu setanding dengan kerjaya lain seperti Polis Diraja Malaysia.

“Sebelum ini, ramai berpendapat menyertai bidang ketenteraan tidak menguntungkan dari segi gaji, tetapi dengan kenaikan ini, ia sekaligus mampu mengubah persepsi masyarakat ini.

“Tambahan pula, personaliti seperti Leftenan Muda Askar Wataniah Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan Izwan Azir yang menyertai Pasukan Simpanan TLDM pasti mampu membuka mata generasi muda tentang kerjaya ini,” katanya kepada Bernama.

Ditanya sama ada peningkatan kenaikan gaji akan mempengaruhi golongan bukan bumiputera menyertai bidang ketenteraan, Ahmad berkata perkara itu agak sukar diramal.

Ahad lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan sejumlah 131,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan termasuk warga ATM akan menikmati kenaikan satu tangga gaji bermula 1 Julai ini.

Kenaikan itu turut melibatkan anggota Lain-lain Pangkat ATM, Perajurit Muda yang tamat latihan asas akan menikmati gaji permulaan Prebet sebanyak RM1,564 sebulan berbanding RM1,137 yang diterima sebelum ini.

Selain itu, pegawai Kadet berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia akan menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,104 manakala Pegawai berpangkat Leftenan Muda yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda pelbagai jurusan dan ijazah Sarjana Muda Undang-undang memperoleh gaji sebanyak RM2,585 dan RM2,730.61 berbanding RM2,411.85.

Turut menikmati kenaikan itu adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang akan menerima gaji sebanyak RM2,876.67 berbanding RM2,703.37 manakala pemegang ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar akan menerima RM3,022.13 berbanding RM2,593.94. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori