Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Ibrahim Sahkan Tanding...

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Presiden PKR...

Syarikat Malaysia Mampu Melabur...

KUALA LUMPUR - Ramai rakyat beranggapan syarikat Malaysia tidak mampu untuk melabur di...

Penjawat Awam Sabah Terima...

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada...

Zamani Rindu Buka Puasa,...

KENANGAN kemeriahan dan keindahan menyambut Ramadan di Rumah Pengasih dirindui vokalis Slam iaitu...

Kenapa Kos Kajian Projek Terowong P. Pinang RM305 Juta

PUTRAJAYA – Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan mengapa kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut di negeri itu mencecah sehingga RM305 juta.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jumlah itu terlalu tinggi dan tidak munasabah kerana ia hanya sekadar kertas kerja asas dan laporan kajian bagi pelaksanaan projek.

Tambahan pula, menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, keperluan pelaksanaan projek itu masih diragui memandangkan pergerakan trafik di Jambatan Pulau Pinang secara umumnya masih rendah.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Abdul Rahman berkata beliau yakin peruntukan berjumlah RM305 juta itu boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih memanfaatkan untuk kebajikan penduduk Pulau Pinang.

Jumlah itu juga, katanya, adalah dua kali ganda besarnya berbanding RM176 juta yang dibelanjakan kerajaan Pulau Pinang untuk Program Kebajikan Emas bagi membantu warga tua, ibu tunggal dan mereka mempunyai keperluan khas seperti mahasiswa, pelajar, suri rumah dan bayi baru dilahirkan.

Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang juga perlu menjelaskan adakah pemilihan syarikat bagi melakukan kajian itu dibuat secara tender terbuka atau sebaliknya serta mengapa syarikat Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) diberikan bayaran pendahuluan sebanyak RM139 juta walaupun kajian belum disiapkan.

Selain wujud percanggahan kepentingan kerana CZBUCG juga merupakan syarikat yang akan melaksanakan projek itu jika didapati bersesuaian, Abdul Rahman berkata syarikat Astral Supreme Construction Sdn Bhd yang dilantik sebagai subkontraktor bagi melakukan kajian kebolehlaksanaan telah mengakui gagal untuk menyiapkan laporan itu pada Ogos 2014.

“Ketika projek itu dianugerahkan pada 2013, CZBUCG dilaporkan berkata laporan berkenaan dijangka siap menjelang April 2014 tetapi selepas banyak kali tertangguh, kami dimaklumkan laporan kajian itu ditunda lagi ke tarikh yang tidak dinyatakan, menggambarkan bahawa keseluruhan projek itu akan ditangguh.


“Lebih menarik, pemeriksaan di Pendaftar Syarikat (RoC) mendapati CZBUCG adalah pemegang saham utama yang mengawal pemegang saham Astral Supreme, yang jelas menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak faham istilah percanggahan kepentingan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Pulau Pinang perlu menjelaskan kepada rakyat apakah jika kajian kebolehlaksanaan mendapati projek itu tidak sesuai diteruskan, apakah kerajaan akan memperoleh kembali RM139 juta wang pendahuluan yang dibayar serta apakah syarikat swasta itu didenda kerana gagal menepati tarikh akhir kajian yang dipersetujui.

Ditanya mengenai bila dan tempoh masa yang diberikan kepada Lim untuk menjawab persoalan yang dilontarkan, Abdul Rahman berkata beliau berharap jawapan berkaitan dapat diberikan dalam masa terdekat demi kebaikan rakyat negeri itu.

“Saya harap Ketua Menteri menjawab persoalan ini secara terbuka dan telus, tak perlu marah-marah, tak perlu bawa orang minum kopi … hanya jawab soalan secara terbuka supaya rakyat Pulau Pinang memahami situasi sebenar,” katanya yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri bersetuju memberi konsesi tol selama 30 tahun kepada syarikat terbabit.

Dengan kos RM6.3 bilion, projek pembinaan terowong yang menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar merupakan satu daripada empat fasa pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang agak kronik di Pulau Pinang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori