Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemilihan PKR Cabang Puchong,...

KUALA LUMPUR - Pemilihan PKR di cabang sekitar Selangor hari ini sekali lagi...

Nota Dari Makkah: Kisah...

SATU perkara yang klise mengenai mengerjakan umrah dan haji ialah: "Niat nak pergi....

Mujahid Tak Wajar Berselindung...

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Menteri...

Sultan Pahang Kurnia Panji...

PETALING JAYA - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan panji-panji diraja kepada...

Kepala Putus Digigit Unta ‘Naik Minyak’

NEW DELHI – Seorang lelaki di India mati ‘dipenggal’ untanya yang menggigit tengkuknya hingga putus selepas haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan, Sabtu lalu sebelum tiba-tiba teringat unta itu ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari itu.

Apabila cuba membuka ikatan pada kaki haiwan itu, unta berkenaan menjadi agresif dan menyerangnya.

Jirannya berkata, unta itu menggigit tengkuk tuannya menyebabkan kepala lelaki itu putus.

“Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus,” katanya.

Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.

Haiwan itu juga dilaporkan pernah menyerang pemiliknya sebelum ini.


Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingga 51 darjah Celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.

Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.

Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.

Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori