Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Hubungan Malaysia-Brunei Berada Pada...

Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan dua hala antara...

Ku Li Mohon Putrajaya...

Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menyeru kerajaan untuk...

Pulau Pinang Lancar Perkhidmatan...

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan Pulau Pinang hari ini melancarkan perkhidmatan bas percuma CAT...

Mohamad Sabu Akui Ucapan...

IPOH - Dahulu, kemunculan tokoh politik tanah air ini di atas pentas ceramah...

Kereta Sorong Bayi Gergasi Untuk Dewasa

CHICAGO – Sebuah syarikat barangan bayi di sini mencipta kereta sorong bayi gergasi supaya ibu bapa boleh merasai sendiri keselesaan produk berkenaan sebelum membelinya untuk anak mereka.

Syarikat Contours membuat replika kereta sorong bayi bersaiz dewasa daripada produk popular mereka dan menjemput ibu bapa di Amerika Syarikat untuk cuba menaikinya.

Satu video yang dimuat naik syarikat itu di laman YouTube, menunjukkan beberapa orang dewasa menaiki kereta sorong bayi gergasi berkenaan dan dibawa bersiar-siar di tengah bandar.

“Masalah yang dihadapi ketika membeli kereta sorong bayi adalah anak anda tidak boleh memberitahu sama ada dia selesa dan menyukainya atau tidak.

“Kami mencipta replika bersaiz dewasa daripada kereta sorong bayi popular Contours bagi membuktikan produk kami sangat selesa untuk bayi anda,” kata jurucakap syarikat itu.

Dalam video berkenaan, ibu bapa dilihat teruja menaiki kereta sorong bayi berukuran 2.3 meter tinggi, 1.82 meter panjang dan 1.22 meter lebar.

Ibu bapa yang dibawa menaiki kereta sorong bayi berkenaan nampak gembira ketika dibawa ke beberapa lokasi termasuk pasar raya.


Beberapa ibu bapa yang mencuba kereta sorong bayi berkenaan memuji syarikat itu yang berusaha memuaskan hati pelanggan.

“Sebelum ini saya tidak pasti anak saya selesa atau tidak ketika menaiki kereta sorong bayi, tetapi kini saya boleh mencubanya sendiri sebelum membelinya,” kata seorang wanita.

Menurut jurucakap Contours, syarikat itu akan membawa kereta sorong bayi berkenaan ke seluruh bandar dan teruja berkongsi produk berkenaan dengan pengguna. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori