Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Terima Kasih TM Atas...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengucapkan terima kasih...

Kerajaan Akan Bentang RUU...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dalam...

Penganggur Miliki Dadah Bernilai...

Kota Bharu : Seorang penganggur ditahan kerana dipercayai memiliki lima kilogram (kg) dadah...

Kertas Siasatan Video Lim...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang sedang melengkapkan siasatan berhubung satu video, yang...

Kerjasama UMNO, PAS Reformasi Umat Islam

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) menyambut baik keterbukaan kerajaan dan kesediaan PAS bekerjasama dalam membentang Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 Rang Undang2 Persendirian Untuk Meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (2016).

Presidennya, Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata, kerjasama berkenaan sebenarnya semangat reformasi agama yang sekian lama diharapkan oleh umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, ia juga satu lembaran baharu kerjasama antara UMNO dan PAS dalam hal berkait kepentingan Islam.

“Ia satu muafakat bagi memperkasakan Islam dan menjadi hasrat Aswaja agar RUU ini dapat dibentang dan diluluskan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

“Adalah menjadi kewajiban bagi Ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat menyokong RUU berkenaan meskipun ia dibawa oleh pemimpin parti pembangkang demi kebaikan Islam dan umatnya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, Zamihan berkata, tiada alasan untuk Ahli Parlimen beragama Islam menolak RUU sambil mengingatkan semua pemimpin akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T tentang amanah mereka.

Beliau menyelar parti-parti politik yang membantah RUU tersebut terutama DAP kerana ia satu perbuatan biadap mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.


Jelasnya, RUU berkenaan berhubung Mahkamah Syariah yang hanya dikuatkuasakan terhadap penganut agama Islam yang sedikit pun tidak melibatkan hak dan kepentingan parti terbabit.

“Jadi tiada alasan dan keperluan untuk parti bukan Islam membantah RUU berkenaan. Adalah menjadi harapan kami agar parti bukan Islam tidak mencampuri urusan dan hak umat Islam demi keharmonian beragama di negara ini.

“Pindaan RUU itu tidak mempunyai sebarang masalah dan kemudaratan kepada masyarakat negara ini. Malah, pindaannya adalah selaras dengan usaha memartabatkan Mahkamah Syariah dan kedudukan Islam di Malaysia sebagai agama Persekutuan,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori