Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas Tahap 1...

KUALA LUMPUR : Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan...

Ibu Usia 101 Tahun...

KUALA NERANG - Usianya kini mencecah 101 tahun, namun naluri sebagai ibu menyebabkan...

Majikan Digesa Sedia Persekitaran...

KUALA LUMPUR - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) hari ini menggesa majikan...

Cikgu Digantung Tugas Bagi...

SEORANG guru dari Sekolah Tinggi Encinal, California, Wing-Wah Leung telah digantung tugas sementara...

Kes Liwat Anwar: Mahkamah Tolak Keterangan Ramli

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasukkan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff dalam semakan pensabitan kes liwatnya, atas alasan keterangan itu tidak relevan dan tidak signifikan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan lima anggota panel hakim menetapkan bahawa tiada pertalian antara keterangan Ramli dan pembelaan Anwar mengenai konspirasi politik dalam permohonan semakan kesnya.

“Kami dapati tiada apa dalam keterangan Ramli yang boleh mendedahkan sebarang bukti yang berkaitan dengan pembelaan pemohon (Anwar) tentang konspirasi politik. Keterangan Ramli akan menjadi sia-sia dalam hal keadaan kes itu,” kata Hakim Zulkefli.

Panel hakim itu juga membuat keputusan bahawa terdapat cukup banyak bukti bagi mahkamah memutuskan sama ada bersalah atau sebaliknya pemohon dan tidak perlu untuk beralih mendapatkan maklumat dari luar.

Dalam penghakimannya, Hakim Zulkefli berkata pembebasan dan pelepasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi pada akhir kes pembelaan tidak dibuat atas dasar konspirasi politik walaupun hakim perbicaraan mengambil kira perkara itu dalam pembelaan Anwar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori