Moscow – Ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Kebangsaan (FSB) Russia, Alexander Bortnikov berkata semalam, pesawat EgyptAir yang mungkin terhempas di Laut Meditteranean berkemungkinan besar berpunca daripada tindakan pengganas.
Bercakap di Minsk, Belarus, Bortnikov menggesa rakan Russia di Eropah bekerjasama untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan bukti untuk menyokong teorinya.
Di Washington, calon pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang terkenal kerana keceluparannya juga berkata, pesawat Mesir yang terhempas itu adalah akibat serangan pengganas. – AP/myMetro Online