SUKA makan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) tapi risau naik berat badan? Bagaimana kalau kami beritahu bahawa anda masih boleh menikmati hidangan ayam goreng kegemaran anda tanpa berat badan anda meningkat walau satu auns pun?
Sebagai satu cara untuk mempromosikan restoran makanan segera itu, KFC Hong Kong telah memperkenalkan produk unik dan lain daripada yang lain: cat kuku berperisa ayam goreng KFC!
Hadir dalam dua warna mengikut perasanya, cat kuku keluaran terhad ini merupakan usahasama antara syarikat Ogilvy & Mather dengan KFC untuk menarik perhatian pelanggan muda.
Warna jingga cair adalah berperisa Original manakala warna merah menyala pula untuk Hot & Spicy.
KFC dan Ogilvy & Mather bekerjasama dengan pakar teknologi makanan di McCormick, iaitu pengeluar resipi rahsia 11 campuran rempah dan herba KFC untuk mencipta cat kuku ini.
“Semua bahan yang digunakan untuk cat kuku ini adalah semulajadi, maka tempok baiknya tidak begitu lama,”kata John Koay, Pengarah Kreatif Ogilvy & Mather. “Tiada sebarang pengawet atau bahan bertoksik, segalanya asli.”
Walaubagaimana pun, respon netizen terhadap produk ini bercampur-baur.
Ada yang amat teruja dengan konsep cat kuku berperisa ayam goreng ini, manakala tak kurangjuga yang berasa pelik mengapa KFC mahu mewujudkan stigma sosial kerana menggalakkan pelanggannya menghisap jari mereka di khalayak ramai.-MYNEWSHUB.CC