Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Zuraida Mahu JPP Dedah...

SIBU – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin mahu supaya Pengerusi Jawatankuasa...

“Pencuri Berlesen” Sukarkan Kehidupan...

KLANG - Nelayan di sepanjang kawasan pantai di Kuala Selangor di sini mendakwa...

Sasar 65,000 Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah...

Bukan Negarawan Sejati Hina...

KOTA KINABALU - Tun Dr Mahathir Mohamad bukan negarawan sejati jika tergamak menghina...

Khidmat Abdul Wahid Sebagai Senator, Menteri Tamat 4 Jun

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai anggota Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berakhir pada 4 Jun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata ketika menerima pelantikan itu pada 2013, Abdul Wahid berhasrat untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal.

“Saya menerima keputusan YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang dipersetujui pada tahun 2013.

“Namun begitu, YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Najib berkata keputusan itu telah dimaklumkan kepada Kabinet hari ini dan beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Abdul Wahid di atas perkhidmatan dan sumbangan beliau.


“Saya yakin dan percaya YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid akan terus memberi sumbangan terhadap usaha-usaha pembangunan negara,” katanya.

Abdul Wahid, telah dilantik sebagai anggota Dewan Negara bagi penggal pertama pada 5 Jun 2013 dan seterusnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori