Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Danyal Balagopal Umum Letak...

KUALA LUMPUR - Susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih bertanding bagi pilihan raya...

Malaysia Mahu Pengecualian Visa...

NEW YORK - Malaysia berhasrat menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat dalam tempoh...

SOP Tahun Baharu Cina...

GOMBAK - Kerajaan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Tahun Baharu Cina seminggu...

Malaysia Kurang Berminat Teruskan...

KUALA LUMPUR - Malaysia sudah kurang berminat untuk meneruskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA),...

Kenali Zukieee Mampu Kaya Dengan Video Lucu

NAMA Zukieee atau nama sebenar, Zulkifli Muhammad yang terkenal di media sosial dengan video-video kelakar, kehidupannya berubah secara drastik selepas 7 bulan berbuat demikian.

Malah, pendapatannya sepanjang dalam tempoh itu sudah mampu menanggung kehidupan keluarganya yang susah.

“Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti sosial agak baik dan saya mampu membantu keluarga setiap bulan sehinggakan mampu membeli sebuah kereta Mazda RX8 secara tunai.

“Saya dari keluarga yang susah, ada tujuh adik beradik. Sebelum ini saya hanyalah seorang
pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan,” katanya.

Menurut Zukieee, 24; hasratnya untuk mengubah nasib keluarganya dengan aktif di media sosial sudah lama, namun kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjayanya itu.

Tahun lalu, selepas membeli sebuah telefon bimbit dengan harga hanya RM300, Zukieee dapat merealisasikan perancangannya semula.

“Sebenarnya saya sudah menyimpan idea-idea untuk dijadikan sebagai bahan viral sejak 2011, tetapi saya tidak dapat buat kerana tiada telefon bimbit yang boleh membuat rakaman.

“Sehinggalah tahun lalu, saya tekad membeli telefon bimbit yang boleh merakam video berharga RM300. Dari situ saya mula membuka akaun laman sosial dan memuat naik video-video yang saya lakonkan,” katanya.

mqdefault (1)

mqdefault

uxo9B1c6


Zukieee menjadi popular dengan video-video kelakar sehingga mempunyai seramai 430,000 pengikut di Instagram dan 500,000 lagi di Facebook.

Beliau kemudian banyak menerima tawaran untuk beraksi dalam beberapa program televisyen dan berlakon drama, namun terpaksa ditolak bagi menjaga eksklusiviti dan jenama dirinya yang hanya boleh dilihat di media sosial.

“Kerjaya saya di media sosial, bukan di televisyen. Saya terpaksa tolak tawaran-tawaran stesen televisyen yang mahu mengambilnya dalam drama dan program mereka.

“Saya tidak mahu terlalu kerap muncul di televisyen membuatkan orang bosan dan tidak mahu menonton saya di media sosial pula,” katanya.

Zukieee kini mempunyai sebuah syarikat pengiklanannya sendiri, Viral Media Sdn. Bhd. bagi mempromosikan pelbagai produk menerusi media sosial.

Penubuhan syarikatnya itu merupakan gabungan beberapa rakan selebriti media sosial yang lain, dan juga memiliki kekuatan tersendiri dalam bidang berkenaan.

“Saya sangat serius dalam kerjaya ini dan sudah memiliki sebuah syarikat untuk tujuan itu. Di bawah syarikat saya ada beberapa rakan-rakan blogger yang aktif di media sosial,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori