Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Justin Bieber Tumbuk Muka...

PENYANYI antarabangsa, Justin Bieber sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila dia dilaporkan menumbuk muka...

Kawasan Tanah Gambut Terbakar...

SEPANG - Tanah gambut seluas kira-kira 800 meter persegi berhampiran Kilometer 27.4 Lebuhraya...

Penganggur Pecahkan TV Jiran...

PETALING JAYA - Seorang penganggur yang membaling kerusi ke arah televisyen jirannya sehingga...

Telaga Zamzam Dibersih, Siap...

MAKKAH - Telaga Zamzam di Masjidil Haram yang wujud sejak zaman Nabi Ismail...

Kini, Shamsul Ghau-Ghau Giat Berdakwah

SUNGAI BULOH – “Saya khatam al-Quran semasa berumur 12 tahun tetapi tidak mampu membaca depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001,” kata Shamsul Azahar Aliddin.

Lebih dikenali dengan panggilan Shamsul Ghau-Ghau, beliau yang kini berusia 48 tahun berkata, ketika itu beliau sebak dan sedih hingga tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir.

_Dh2SwGD

“Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?

“Allah SWT mudahkan rezeki saya, bermula gaji RM300 sebulan semasa kerja sebagai polis sehingga pernah mendapat RM100,000 sebulan sebagai artis walaupun hanya ada SPM, tapi hati saya jauh dari-Nya.”

Menurutnya, beliau tidak menganggap kesilapan lalu adalah detik hitam, sebaliknya ia adalah pembuka jalan baginya untuk memperbaiki dirinya sekarang.

Beliau kini kerap berdakwah berkongsi pengalaman hidupnya bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat.

“Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tidak mungkin saya akan lupakan.

“Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Alhamdulillah, pada 2003 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid,” katanya.

Beliau berkata, walaupun diberikan jalan, namun disebabkan kesibukan kerja dan jadual harian masanya untuk ke masjid terbatas.

Kini, Shamsul Ghau-Ghau Giat Berdakwah

“Setiap hari saya mendengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib dan menghafalnya serba sedikit tetapi tidak tahu maksudnya.

“Ditakdirkan pada satu hari pergi ke kedai buku dan masa belek buku tafsir Al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan’,” katanya.


Menurutnya, ketika itu hatinya sebak dan teringat akan janji yang tidak dipenuhinya untuk mengaji semula serta mendalami agama.

“Sekarang saya berguru dengan tiga ustaz yang mengajar tajwid, taranum dan tafsir. Kita hidup sudah berpuluh-puluh tahun tetapi kita tidak tahu maksud bacaan dalam solat kita.

“Saya berharap perubahan ini dapat melapangkan kubur mak ayah saya yang sudah tiada. Saya tidak menolak perubahan saya hari ini adalah hasil doa arwah mak saya yang tidak jemu beri nasihat semasa hayatnya,” katanya.

Beliau berharap, usahanya ke depan berkongsi pengalaman hidup atas tiket artis dapat menarik lebih ramai orang untuk berubah menjadi lebih baik.

“Al-Quran itu perlu dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Cuba tanya diri kita dalam sehari berapa banyak kita pegang al-Quran berbanding telefon pintar?

“Saya tidak mahu buka aib diri saya, sebaliknya mahu mengajak lebih ramai orang Islam mendekati Allah dan memberikan pahala kepada mak ayah saya yang sudah tiada,” katanya.

Program di bawah  ini bertemakan Ibrah Ujian Kesabaran Nabi Ayub turut mengundang penceramah, Mohd. Asraff Ayob Al-Hafiz.

Kini, Shamsul Ghau-Ghau Giat Berdakwah

Kini, Shamsul Ghau-Ghau Giat Berdakwah

“Kita alu-alukan penyertaan semua untuk bersama-sama di masjid ataupun di kawasan masing-masing, dalam usaha membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori