Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Haba Ketika Jentolak Gelek...

KUALA LUMPUR : Polis percaya letupan berlaku di stor barang kes milik Ibu...

2 Kanak-Kanak Dijangkiti Rabies...

KUCHING - Dua daripada tiga kanak-kanak yang dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies...

Akim Ahmad, Stacy Sah...

BARU-baru ini memang ada desas-desus yang menyatakan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bakal...

Guru Cabul Murid: Tindakan...

KUANTAN - Kementerian Pendidikan memandang serius dan akan mengambil tindakan terhadap guru yang...

Kini Tiba Masa Usahawan Islam IKS Takluki Iklan TV

KISAH produk yang bermutu atau hasil keluaran yang berkualiti daripada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) sudah lama diperakui. Malah, IKS dilihat antara senjata utama ekonomi Malaysia untuk menguasai pasaran Perjanjian Perdagangan Tran Pasifik (TPPA) membabitkan 10 negara dengan 600 juta pengguna.

Usahawan IKS negara ini terutama pengeluar produk halal juga dilihat sebagai kelompok utama yang mampu mendominasi pasaran produk halal dunia bernilai USD18 bilion (RM72 bilion).

Namun, pernahkah kita memikirkan mengenai masalah promosi? Bagaimana usahawan kita terutama pengeluar produk halal bakal bersaing untuk menguasai pasaran sekiranya tiada sokongan promosi kelas pertama?

“Kami memikirkan perkara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

“Sebagai stesyen TV dan pembekal kandungan Islam, masa depan usahawan IKS Islam untuk menguasai ekonomi domestik dan persaingan antarabangsa menjadi agenda utama kami,” katanya dalam Kempen CSR Bazar Ramadan TV Alhijrah.

Projek ini secara insentif menawarkan peluang kepada 500 usahawan Islam untuk memulakan langkah pertama memonopoli iklan TV secara agresif.

“Penghalang utama untuk produk IKS Islam menakluk pasaran ialah isu promosi. Jadi kami prihatin dan mengambil peluang untuk mempromosi secara meluas jenama dan produk ini,” jelasnya.

Dengan kos semurah RM2,500, apa sahaja produk IKS dan barangan keluaran peniaga kecil kini memiliki ruang untuk mencipta populariti melalui promosi TV.

CSR iklan ini menawarkan pakej 10 kali lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

Melalui pakej RM2,500, usahawan menikmati pakej iklan 16 siaran berdurasi 10 saat per iklan. Pakej ini boleh digandakan belian tanpa had.


“Ramadan ialah masa strategik untuk mempromosi produk IKS usahawan Islam. Ketika stesyen lain menggandakan harga iklan kerana peningkatan kuasa beli, kami mengambil keputusan sebaliknya. Matlamat kami, jenama usahawan Islam harus disokong,” jelasnya.

Bagi usahawan IKS termasuk peniaga kecil, terutama produk tekstil, butik, produk hiasan dalaman, makanan dan minuman, juadah berbuka serta keperluan Hari Raya, mereka boleh segera menempah ruang iklan di TV Alhijrah.

“Ini satu-satunya promosi amal dengan matlamat mengukuhkan ekonomi umat Islam. Kami melakukannya semata-mata untuk memulakan usaha ke arah menyediakan platform promosi kepada jenama usahawan IKS Islam,” kata Izelan.

Ayuh! Usahawan yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut dengan melawat Facebook TVAlhijrah atau Instagram tvalhijrah114.

Ingat! Dengan peluang 16 siaran iklan berdurasi 10 saat, pengusaha menikmati sesuatu yang tidak mungkin dinikmati di mana-mana saluran TV.

Untuk langkah lebih proaktif, WhatsApp ke 011 2172 1211. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori