Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Angka Korban Letupan Beirut...

BEIRUT - Angka kematian akibat letupan besar di Pelabuhan Beirut minggu lalu meningkat...

Tsunami Baharu Mungkin Landa...

PARIS – Beberapa pakar bencana kelmarin memberi amaran satu lagi kejadian tsunami mungkin...

Wajarkah Keuntungan Pelaburan Saham...

SECARA umum Malaysia tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan modal atau "Capital Gains...

Bekas Pengarah SPRM Mohon...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Pengarah Operasi Khas, Datuk...

Kira-Kira RM200,00 Lesap, 2 Mesin ATM Dipecah Di Ampang

KUALA LUMPUR – Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Ampang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata suspek masuk ke premis berkenaan melalui tandas yang terletak berhampiran mesin itu.

“Mereka memecahkan dinding di dalam tandas berkenaan untuk masuk ke pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan lebih daripada dua orang suspek.


“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya ini untuk memburu kesemua suspek,” katanya.

Hamzah berkata kes berkenaaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun serta denda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori