Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kisah Yang Membuat Kita...

Walaupun banyak unsur-unsur memecahkan keharmonian antara bangsa-bangsa di Malaysia yang banyak kita dapati...

Syed Azmi, Wardina Malukan...

KANTOI setelah terbongkar dirinya mendedahkan kes cabul konon berlaku di sebuah pusat pengajian...

Perlu Cermat Bawa Pulang...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih sedang berunding dengan pihak berkuasa...

Pesara Tentera & Bekas...

YAN - Pesara tentera dan bekas anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) antara tiga...

Koperasi Pekebun Kecil Perlu Bergabung Kembang Perniagaan

KUALA LUMPUR – Koperasi pekebun kecil negara ini disaran bergabung membentuk sebuah konsortium bagi menjalankan perniagaan berskala besar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata gabungan itu akan membantu koperasi berkenaan menumpukan penghasilan produk hiliran seperti makanan halal yang berpotensi besar.

Katanya koperasi kini tidak boleh hanya menumpukan kepada produk huluan semata-mata tetapi perlu memperluaskan sumber sedia ada.

“Industri pengeluaran produk halal mempunyai potensi ekonomi yang cerah, namun perlu ada kerjasama untuk projek berskala besar.

“Pasaran luar negara perlukan syarikat besar untuk bekalkan stok dalam kuantiti yang besar,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Koperasi Pekebun Kecil dan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional (NARSCO) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi NARSCO, Datuk Zamri Yaakob dan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin.


Ismail Sabri berkata sudah tiba masanya sektor koperasi diiktiraf sebagai perniagaan kelas pertama di negara ini.

“Sebagai sebuah badan penggerak utama kepada usaha melonjakkan kegiatan ekonomi bumiputera luar bandar, koperasi perlu berfikir di luar kotak untuk mencapai pengiktirafan itu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan pengurusan sebanyak RM1 juta kepada NARSCOƃā€šĆ‚Ā bagi memperkasakan jalinan strategik perniagaan dengan koperasi dan menjana keuntungan anggotanya.

Sehingga kini, terdapat 64 koperasi berdaftar di bawah kelolaan RISDA termasuk NARSCO dengan 173,428 keanggotaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori