Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wukuf Lancar, Kesihatan Jemaah...

MEKAH : Jumlah jemaah haji ta­hun ini yang kurang ber­ban­ding tahun-tahun sebe­lum­­nya memberi...

Nuri Sahin Bersara Di...

ISTANBUL - Pemain tengah Borussia Dortmund, Nuri Sahin mengumumkan persaraannya daripada arena antarabangsa...

Mahathir Akan Masuk Pejabat...

HULU SELANGOR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan memasuki...

Mesyuarat MKT UMNO Malam...

SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan malam ini,...

Kuda Dibawa 150 Batu Untuk Dipertemukan Dengan Tuan

SEORANG warga emas yang sedang tenat, telah membuat permintaan khas kepada keluarganya, iaitu untuk bertemu dengan dua rakan karibnya, iaitu dua ekor kuda bernama Ringo dan Sugar.

Warga emas itu. Roberto Gonzaleztold yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) kini uzur akibat jangkitan di bahagian tulang belakang.

Dia sebelum ini menjadi lumpuh selepas ditembak ketika bertugas sebagai anggota tentera AS di Vietnam pada 21 Mei 1970.

veteran

Selepas membuat permintaan khas itu, keluarganya telah memenuhi hasrat Roberto dengan membawa Ringo dan Sugar sejauh 150 batu semata-mata untuk bertemu dengannya.

Menurut keluarganya, selepas ditembak di Vietnam, Roberto menjadi lumpuh dan dia kemudiannya menukar kerjaya dengan menjadi pelatih kuda.

Roberto juga satu-satunya pelatih kuda yang lumpuh namun kecacatan itu tidak pernah menghalangnya malah dia memperoleh lesen sebagai pelatih.


Sebaik sahaja kuda-kuda berkenaan dipertemukan dengannya, binatang terbabit mengenali Roberto. Walaupun Roberto sudah tidak dapat bertutur namun reaksi pada mukanya menunjukkan emosi yang pelbagai.

“Kuda-kuda adalah hidupnya. Kami telah melatih dan membesarkan kuda-kuda berkenaan selama lebih 30,40 tahun.

“Dia sangat sayangkan kuda dan pada masa sama berasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada negara,’’ kata isterinya.

Walaupun doktor tidak begitu optimistik terhadap Roberto namun keluarganya mempunyai harapan yang tinggi dan menyerahkan semua kepada Tuhan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori