Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Blogger’ China Guna Lesen...

MELAKA - Lelaki warga China mengaku ‘blogger’ yang membuat ulasan mengenai hidangan istimewa...

Bilangan Tenaga Buruh September...

KUALA LUMPUR - Bilangan tenaga buruh pada September 2018 meningkat 2.6 peratus kepada...

Ribut Petir, Hujan Berterusan...

KUALA LUMPUR – Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang yang melanda kebanyakan...

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan bahan:2 genggam ikan bilis- dibersihkan 2 batang serai - dititik 1 senduk tempoyak 1 sudu...

LAWAK! Ghairah Snapchat Sampai Lupa Ambil Folder Diploma

MEMANG lawak habis! Sampai terkekeh-kekeh kami ketawa menonton video konvokesyen seorang mahasiswi ini. Haha..

Apa tidaknya, gara-gara sibuk merakam video menggunakan aplikasi Snapchat, seorang gadis sebuah kolej di Singapura terlupa mengambil folder diploma ketika berada di atas pentas.

Sedangkan itulah tujuan asal dia berjalan naik ke atas pentas itu!

Aksi comel dan selambanya turut dirakam oleh salah seorang hadirin yang hadir sebelum ia menjadi viral setelah dimuat naik di laman Twitter.

Dalam video tersebut, gadis berkenaan yang bernama Nadie dilihat sibuk merakam sesuatu menggunakan telefon bimbitnya setelah namanya dipanggil untuk naik ke atas pentas sebelum berlalu pergi meninggalkan certificate itu kepada dekan.

Tambah ‘rencah rasa’, dekan yang ditugaskan memberi certificate tersebut juga kelihatan menunjukkan raut wajah terpinga-pinga apabila gadis berkenaan meninggalkan folder diploma tersebut kepadanya.


Insiden itu sekaligus membuatkan satu dewan tidak dapat menahan tawa.

Apa pun Nadie… biasalah benda-benda macam tu nak jadi kekadang…dah nama pun manusia yang ada sikap pelupa….. dan kami di Mynewshub juga ingin mengucapkan tahniah di atas penerimaan diploma anda serta mendoakan agar anda terus maju jaya dalam hidup. – MYNEWSHUB.CC

JANGAN LUPA TONTON JUGA AIR MATA SYAMSUL YUSOF

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori