Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Macam Kera Kena Belacan...

SINIS... Datuk Seri Abdul Hadi Awang membanding tingkah laku individu berprofil tinggi bidang...

Kos PRU15 Dijangka Cecah...

KUALA LUMPUR : Kos penganjuran pilihan raya umum (PRU) kebiasaannya hanya membabitkan perbelanjaan...

Sangat Malang Ada Tak...

KUALA LUMPUR - "Sangat malang terhadap kalangan yang tidak senang dengan pertemuan dua...

Ops Inter Agensi Tahan...

TAWAU - Kerjasama baik Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am dan Jabatan...

2 Serpihan Yang Ditemui Kemungkinan Milik MH370

KUALA LUMPUR – Dua serpihan pesawat yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, Mauritius, adalah lebih 90 peratus milik MH370 yang hilang lebih dua tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata peratusan itu sebagai penjelasan kepada penggunaan takrif ‘hampir pasti’ yang digunakan oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia terhadap sebarang nahas udara.

“Serpihan itu memang daripada pesawat Boeing 777, itu sudah pasti. Tetapi ia tidak mempunyai ‘direct link’ (hubungan langsung) seperti nombor siri.

“Besar kemungkinan dalam penerbangan, hampir pasti itu maksudnya lebih 90 peratus,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas menjadi penceramah pada Forum Industri Penerbangan: Menuju ke Hadapan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis lepas berkata pengesahan itu dibuat selepas sepasukan pakar antarabangsa selesai melakukan pemeriksaan di Australia, ke atas sekeping enjin ‘cowling’ dengan separuh logo Rolls-Royce serta serpihan panel dalaman kabin.


ICAO Malaysia mengesahkan kedua-dua serpihan itu adalah hampir pasti daripada MH370 dengan membuat kesimpulan kedua-dua serpihan itu konsisten dengan panel yang ada pada pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

Pengesahan itu melengkapkan hasil pemeriksaan yang dilakukan pada Mac lepas di mana pasukan tersebut mengesahkan serpihan yang ditemui di Mozambique hampir pasti milik MH370.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 kru, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori