Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Syabas Lewat Keluar Bil...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini memaklumkan...

Mahkamah Ketepi Rayuan Saman...

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah...

Berkat Tabah Seorang Isteri,...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bait lirik lagu nyanyian allahyarham...

Peniaga Bantah Tindakan MPKB...

KOTA BHARU - Sebahagian daripada 400 peniaga bazar Kubang Kerian di sini membantah...

Lee Min Ho Terlepas Jalani Kursus Wajib Tentera

PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho dikecualikan daripada menjalani kursus ketenteraan yang diwajibkan kepada semua lelaki di sana.

Menurut syarikat pengurusannya MYM Entertainment, Min Ho, 29, terlepas menjalani latihan tersebut kerana mempunyai sejarah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Bagaimana pun walau dikecualikan daripada menjalani latihan asas ketenteraan, Min Ho masih perlu berkhidmat di pejabat ketenteraan untuk menyelesaikan tugasan sebagai seorang rakyat Korea Selatan.

Kecederaan kaki akibat kemalangan jalan raya tujuh tahun lalu menjadi faktor aktor yang popular menerusi drama Boys Over Flowers itu terlepas daripada latihan berkenaan yang melibatkan aktiviti fizikal lasak tentera.

Korea Selatan mewajibkan semua warganegara lelakinya menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun bagi bersedia menghadapi ancaman musuh mereka, Korea Utara.


Secara teknikal kedua-dua negara itu masih lagi ‘berperang’ sehingga kini walaupun Perang Korea 1950-1953 sudah pun berakhir dengan gencatan senjata. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori