Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

2 Lagi Klinik 1Malaysia...

KOTA KINABALU - Dua lagi Klinik 1Malaysia dibuka, menjadikan keseluruhannya sembilan buah klinik...

Pertandingan Shell Malaysia Tawar...

KUALA LUMPUR - Pertandingan hashtag ikrar Shell (#ShellPledge) anjuran Shell Malaysia memberi peluang...

Tukang Urut Mengaku Tidak...

JOHOR BAHRU Seorang tukang urut hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

2 Perkara Pelik LGE...

HAKIM Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Yang Ariff Hadhariah Syed Ismail telah buat keputusan...

Lelaki Ini Tak Pernah Gagal Berlari Lebih 5KM Setiap Hari

SEORANG lelaki di Massachusetts, Amerika Syarikat membuat keputusan untuk berlari sejauh 5 kilometer setiap hari, sejak 1 Januari 1989.

lenworth_20160524_105922

Kini setelah 27 tahun, Lenworth “Kip” Williamson dianggarkan sudah berlari selama 10,000 hari berturut-turut.

Pengurus di General Electric Co berusia 57 tahun ini berkata, idea untuk berlari itu diilhamkan daripada artikel yang pernah dibacanya.

Artikel itu menyatakan, jika seseorang melakukan sesuatu selama 21 hari berturut-turut, maka ianya akan menjadi satu rutin kebiasaan yang mudah.

Sekitar tahun 1989 ketika Williamson mula-mula melakukan rutin berlari, wilayah yang didiaminya sedang dilanda musim sejuk.


Namun dia nekad melawan cuaca ketika itu dan kini, Williamson tak pernah gagal berlari setiap hari meskipun udara sejuk menusuk tulangnya.

Setiap minggu dia turut menaikkan jarak lariannya daripada 5 kilometer kepada 10 hingga 12 kilometer.

“Selagi kedua belah kaki saya mampu, saya akan terus berlari,” katanya penuh semangat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori