TIDAK tahu sama ada boleh dianggap sebagai rezeki atau bencana, seorang lelaki berusia 22 tahun ‘dipaksa’ untuk menikahi dua gadis secara serentak pada hari sama di tempat sama.
Kisah perkahwinan unik Rizal Tumbukong ini sekali gus hangat diperkatakan di Filipina.
Rizal dilaporkan dipaksa menikahi Jarah Mendoza Labangin, 20; dan Thelma Guipal, 24; selepas  kedua-dua gadis itu bergaduh antara satu sama lain kerana ‘merebutkan’ cintanya.
Majlis pernikahan mereka yang disifatkan unik itu turut menjadi kecoh di kampung halaman mereka sendiri.
Difahamkan, Rizal sebenarnya sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Jarah.
Bagaimanapun, kisahnya bersama seorang lagi isiterinya iaitu Thelma tidak pula diketahui sama ada mereka pernah menjalinkan hubungan atau tidak. – MYNEWSHUB.CC