Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] Calon BN...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Tee Hooi...

Cerita Mahathir ‘Bapa Segala...

SEMUA maklum, ahli Parlimen dari blok pembangkang khasnya Pakatan Harapan menolak usul Bajet...

MRT Corp Pertama Di...

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), pemilik dan...

Erra Fazira Ikhlas Jalin...

HUBUNGAN rapat yang terjalin antara pelakon, Erra Fazira dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia...

Lelaki Myanmar Maut, Rakan Parah Diserang Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki Myanmar maut manakala rakan senegaranya parah selepas dipukul dan ditetak di sebuah rumah kongsi di Jalan Estate, Juru Height di sini hari ini.

Lelaki berusia 20-an itu tidak mempunyai pengenalan diri dan dikatakan baru menumpang di rumah kongsi rakannya.

Mayatnya ditemukan di hadapan pintu rumah kongsi yang berselerak dan dipenuhi darah dan rambut.

“Lelaki itu mati akibat ditetak dan ditikam di beberapa bahagian badan antaranya belakang, perut dan rusuk,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Mohd Sabri Mohamed.

Beliau berkata rakan lelaki itu pula kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Mohd Sabri berkata kejadian berlaku pada pukul 7.20 pagi dan lelaki yang cedera tersebut mendakwa mereka disamun beberapa lelaki yang datang ke rumah kongsi berhampiran sebuah kebun sayur itu, menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.


“Berdasarkan keadaan dalam rumah itu, mangsa dan rakannya dipercayai cuba keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri tetapi gagal dan mereka dipukul serta ditetak suspek.

“Polis turut menemui dua parang dalam rumah itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori