Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Guru Dituduh Bunuh,...

Seorang lelaki yang merupakan bekas guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di...

Penduduk Rasa Gegaran Gempa...

TAWAU: Beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud...

554 Anak Yatim Terima...

HULU SELANGOR - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah hari ini berkenan ­menyampaikan...

Tak Sesuai PRU Tahun...

Kuala Lumpur : Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan semasa Monsun...

Lepas Usher, Yuna ‘Merayu’ Nak Berduet Dengan Coldplay Pula

SELEPAS berjaya merakamkan lagu duet dengan penyanyi R&B terkenal Usher, Yuna kini sedang berusaha keras untuk mendapatkan band terkemuka dunia, Coldplay untuk berkolaborasi bersama-sama selepas ini.

Menggunakan medium media sosial Twitter, Yuna menghantar status berbunyi, “Hi Coldplay. I’ve been telling interviewers I want to work with you for 7 years now. Tweeting is my last resort. Let’s make it happen. (Hai Coldplay. Saya sudah lama berkongsikan hasrat untuk bekerja dengan anda sejak tujuh tahun lalu. Menulis twit ini merupakan pilihan terakhir saya untuk meraih perhatian anda. Saya harap impian ini tercapai).”

yuna

Untuk meyakinkan band yang popular dengan lagu Fix You dan Yellow itu, Yuna turut mencadangkan mereka mendengar beberapa karya seni ciptaannya sendiri seperti Lullabies, Mountains dan Falling.


Kalau betul-betul jadi kolaborasi Yuna dan Coldplay, pasti lagu mereka akan boom di seluruh dunia dan secara tidak langsung Yuna berjaya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga lagi dengan kejayaannya sebagai anak seni yang kini merantau di bumi Uncle Sam. – MYNEWSHUB.CC

coldplay
Coldplay, dari kiri Jonny Buckland (gitaris), Chris Martin (vokalis), Guy Berryman (bassist) dan Will Champion (drummer).

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori