Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Juruhebah Radio Miliki Senjata...

IPOH – Seorang juruhebah sebuah stesen radio ditahan selepas didapati memiliki senjata api...

Thaipusam: Pemain Muzik Tradisional...

BUNYI alat muzik tradisional India, ‘urumi melam’, akan terus memukau hadirin pada sambutan...

Sherry Kesal Diskriminasi Terhadap...

SEBELUM ini Mynewshub.cc ada menyiarkan cerita mengenai pelakon dan pengacara Melodi, Sherry Al-Hadad...

13 Lelaki Dicekup Rebus,...

KOTA TINGGI : Seramai 13 lelaki yang sedang leka memasak daun ketum di...

Lim Kit Siang Nafi Pertindihan Kerusi Punca Tewas!

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa perebutan kerusi kawasan pilihan raya yang berlaku diantara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bukan punca kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kelmarin.

Beliau mendakwa, perebutan kerusi yang mahu ditandingi oleh kedua-dua parti itu juga bukan punca Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan besar rakyat Sarawak dalam PRN Sarawak kali ini.

“Fakat sebenar adalah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak telah membariskan projek dan janji (kepada rakyat Sarawak),” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa kononnya kemenangan besar BN dalam PRN Sarawak bukan satu penanda aras tentang sokongan rakyat ke atas parti itu.

Beliau sebaliknya mendakwa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan menentukan nasib BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.


Prestasi DAP dalam PRN Sarawak Ke-11 sangat mengaibkan kenapa jumlah kerusi mereka merosot jauh daripada 12 kerusi kepada cuma tujuh.

PKR dan DAP saling berebut kerusi yang mahu ditandingi di Sarawak menyebabkan kedua-dua parti bertanding di enam kerusi sama gara-gara terlalu ghairah untuk memegang kuasa. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori