Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SPRM Cari 40 Saksi...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti sekurang-sekurangnya 40 orang...

Kerajaan Sabah Digesa Realisasi...

KOTA KINABALU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah digesa agar meneruskan usaha...

Rangka Kanak-Kanak Ditemui Di...

GUA MUSANG - Sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, ditemui...

Daftar Pemilih Tambahan Februari...

KUALA LUMPUR : Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1...

Lim Sekali Lagi Hadir Beri Keterangan Di Pejabat SPRM

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada 10.05 pagi ini dipercayai untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo dan penjualan tanah.

Lim, tiba dengan menaiki kenderaan rasmi ketua menteri dan diiringi peguamnya R.S.N. Rayer.

Keterangan yang akan direkodkan dipercayai berhubung pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin, di sini.

Semalam, Lim dan isterinya Betty Chew hadir di pejabat SPRM Pulau Pinang. Tiga peguam turut hadir iaitu Rayer dan Gobind Singh Deo mewakili Lim manakala Ramkarpal Singh mewakili Chew.


Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat Mac lepas bahawa harga di bawah nilai pasaran.

Juga pembelian banglo itu didakwa ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori