Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

ECRL Tetap Rugi Walaupun...

KUALA LUMPUR – Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilihat sebagai sebuah projek yang...

Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan...

KUALA LUMPUR - Lapan bulan menerajui Sarawak selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Permintaan Lemah, Ringgit Didagang...

KUALA LUMPUR – Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar US hari ini akibat permintaan...

Taufan Mocha Mula Badai...

TEKNAF: Kawasan tepi pantai di Bangladesh dan Myanmar hari ini dibadai Taufan Mocha,...

Liyana Jasmay Tak Berniat Burukkan Orang Sabah

SUSULAN kenyataannya yang dikatakan seakan memperlekeh orang Sabah, pelakon Liyana Jasmay tampil memohon maaf sekiranya perkara itu mengguris hati dan perasaan penduduk di negeri bawah bayu.

Menurut Liyana, 28, dia hanya sekadar berkongsi pengalaman tanpa berniat mahu mengguris hati mana-mana pihak.

Peminat Sabah Bergambar Dengan Suami, Tag FB Liyana Jasmay

Orang Sabah Bengang Dengan Kenyataan Liyana Jasmay?

“Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu.

“Begitu juga dengan peminat yang ingin mengambil gambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran,” jelasnya kepada BH Online.

Sebelum ini, Liyana mengeluarkan kenyataan bahawa dia takut untuk keluar berjalan-jalan di Sabah kerana pernah melalui pengalaman menakutkan diekori peminat di sana.


Susulan kenyataan terus-terangnya itu, penduduk Sabah mengkritik pelakon wanita tersebut dengan pelbagai kecaman.

Aktres yang mempunyai dua anak perempuan itu berharap penjelasannya dapat merungkai salah faham mengenai isu terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori