Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ambil Tindakan Pada Portal...

KUALA LUMPUR -- Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi...

Isu BR1M: Tun Mahathir...

SEPANG - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar membuat laporan kepada...

PLUS Guna Teknologi Dron...

PETALING JAYA - Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan menggunakan teknologi dron bagi memantau...

Tiga Beradik Maut MPV...

KUANTAN - Tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas...

Logo Baharu Instagram, Apa Pandangan Anda?

INSTAGRAM, salah satu aplikasi paling digemari ramai di seluruh dunia telah membuat perubahan besar dengan memperkenalkan logo dan antaramuka baharu mereka hari ini.

Menerusi logo baharu, kini ia dilihat lebih menerapkan ciri-ciri lebih ‘feminin’ di mana konsep kamera polaroid berwarna coklat telah digantikan dengan jaluran yang lebih bewarna ungu, jingga, sedikit merah.

ikonn ig2
Sumber: usatoday

Turut menerima perubahan adalah antaramuka, kini Instagram menggunakan konsep yang lebih minimalis iaitu penggunaan warna hitam dan putih.

Ia sekali gus membolehkan para pengguna memfokuskan kepada gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan.

tumblr_inline_o6za6rPpyd1qm4rc3_540

Aplikasi lain bawaan mereka turut mengalami perubahan seperti Layout, Boomerang dan Hyperlapse.

ikonn ig

Bercakap mengenai perubahan drastik ini, Instagram mengatakan konsep baharu yang dibawakan mereka adalah lebih ‘bersahaja’ dan ingin kelihatan ringkas.

Menurut mereka, kesan daripada perubahan logo ini turut membuatkan kadar populariti aplikasi meningkat lebih-lebih lagi apabila ramai pengikut cuba membuat perbanding dengan logo sebelum ini.

Bagaimanapun, pengguna Internet seakan tidak dapat menerima perubahan baharu itu di mana pelbagai reaksi beserta ‘memes’ dihasilkan dari pengguna bagi menggambarkan logo tersebut.


Rata-rata netizen menggangap logo baharu itu terlampau ‘mudah’ dan tidak praktikal.

Serta tidak kurang juga mengaitkan rekaan warna yang digunakan untuk mencipta logo tersebut dengan hanya menggunakan Microsoft Powerpoint.

maxresdefault

Sementara itu, tinjauan kami mendapati ramai netizen mengatakan; “Tidak bolehkah logo Instagram diubah kepada asal?,” di akaun rasmi halaman mereka.

Bagaimana, apa pandangan anda mengenai perubahan ini? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori