Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Karnival Upin Ipin Dapat...

DAH start cuti sekolah, maka banyaklah agenda telah direncanakan ibu bapa untuk mengisi...

“Jangan Suka Hati Tuduh...

PELAWAK, Achey akui terkilan dengan dakwaan segelintir pihak mengatakan dia dan isteri mandul...

3,108 Kes Baru Covid-19,...

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 3,108 kes baru Covid-19 dengan jumlah terkumpul...

Dr Noor Hisham Dedikasi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedikasikan...

Lucu! Paranoid Ular Dalam Tandas Masih Kuat Di Thailand

BAYANGKAN jika anda tiba-tiba terlihat kerlibat ular menyelinap dalam bilik air, siapa sahaja tidak panik kan?

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, kini pelbagai cara digunakan lelaki Thailand ketika membuang air di dalam tandas.

Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik laman Facebook Tom Diz, kelihatan pelbagai taktik digunakan untuk mengelakkan serangan reptilia itu yang bersembunyi dalam mangkuk tandas.

Antaranya termasuk memanjat dan ‘cangkung’ di atas tangga atau besen cuci muka untuk buang air besar, ada pula yang bertindak korek lubang di tengah-tengah kerusi plastik supaya mereka dapat duduk di atas kerusi itu untuk membuang air besar dalam ‘jarak selamat’.

Lucu! Paranoid Ular Dalam Tandas Masih Kuat Di Thailand

Lucu! Paranoid Ular Dalam Tandas Masih Kuat Di Thailand

Lucu! Paranoid Ular Dalam Tandas Masih Kuat Di Thailand

Lucu! Paranoid Ular Dalam Tandas Masih Kuat Di Thailand

Lucu! Paranoid Ular Dalam Tandas Masih Kuat Di Thailand


Lucu! Paranoid Ular Dalam Tandas Masih Kuat Di Thailand

Lucu! Paranoid Ular Dalam Tandas Masih Kuat Di Thailand

Tidak kurang pula yang guna kayu untuk buka penutup mangkuk tandas bagi memeriksa keadaan di dalamnya terlebih dahulu sementara ada pula tiup seruling bagi membuatkan ular ‘masuk’ semula ke dalam mangkuk tandas.

Rabu lalu, kemaluan seorang lelaki Thailand berusia 38 tahun, Atthaporn Boonmakchuay digigit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok kira-kira pukul 6.30 pagi.

Mangsa yang terpaksa bergelut dengan reptilia berkenaan pengsan akibat kehilangan terlalu banyak darah sebelum dikejarkan ke hospital.

Anggota kecemasan terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di dalamnya sebelum dilepaskan ke hutan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori