Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Dua Wanita ‘Topless’...

PERSIDANGAN Islam yang diadakan di Pontoise, Perancis bertukar menjadi huru-hara apabila dua aktivis...

APSF Beri Indon Kebenaran...

KUALA LUMPUR : Lembaga Gabenor (BoG) Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengundi memihak...

Goncang Bayi: Pemilik Taska...

PUTRAJAYA - Seorang pemilik taska hari ini mendapat kebenaran untuk merayu terhadap sabitan...

PAS Selangor Gesa Jangan...

KUALA LUMPUR - PAS Selangor meminta semua pemimpin PAS Selangor tidak mempertikaikan keputusan...

Mahdzir: ASED Menjadi Bukti Komitmen, Kesatuan ASEAN

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid percaya Mesyuarat Menteri-menteri Pendidikan ASEAN kesembilan (ASED ke-9) menjadi bukti tentang kesepakatan dan komitmen negara anggota ASEAN terhadap konsep kesatuan ASEAN.

Berucap pada majlis makan malam bagi meraikan peserta ke mesyuarat itu di sini, Mahdzir berkata negara anggota ASEAN komited untuk bekerjasama bagi memastikan matlamat bersama mereka dapat dicapai.

“Ini adalah peluang bagi kita semua untuk membentuk perkongsian dan rangkaian dengan warga dunia pendidikan dari negara anggota ASEAN dan negara lain.

“Kerjasama pendidikan sedia ada di peringkat serantau telah memupuk hubungan lebih rapat antara anggota keluarga ASEAN dan rakan kita,” katanya.


Mahdzir berkata beliau berharap persahabatan yang dibina sejak sekian lama dalam kalangan negara anggota ASEAN akan bertambah kukuh dan membawa kepada lahirnya inisiatif baharu demi manfaat mereka bersama.

ASED ke-9 berlangsung dari 23 hingga 26 Mei, dengan tema ‘Membina Pelajar Komuniti ASEAN – Memperkasa Kehidupan Melalui Pendidikan’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori