Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peniaga Pasar Malam Didakwa...

MUAR - Seorang peniaga pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini pada...

FAM Umum Pengganti Cheng...

TEKA-teki siapa pengendali baharu skuad Harimau Malaya bakal terjawab selepas Mesyuarat Khas Pertama...

Jika Mahu Berjaya Dalam...

Generasi muda yang baru mencari peluang memulakan kerjaya memerlukan panduan. Oleh itu, berikut...

Ibu Tak Sangka Razakan...

TUARAN - Subarah Jili, ibu Allahyarham Razakan B Seran, tidak menyangka anaknya turut...

Mahkamah: Anggota Tentera Mengaku Salah Cederakan Isteri

KUANTAN – Seorang anggota tentera mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mencederakan isterinya semasa bertengkar di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Batu 10 di sini, kira-kira dua tahun lalu.

Mohd Saad Jasin, 34, yang kini sudah bercerai dengan Normaizura Yusof, 33, didakwa menampar pipi wanita itu sebanyak dua kali pada kira-kira 1.30 tengah hari, 27 Nov 2014 di rumah mereka di Blok 103 A, RKAT, semasa Normaizura menyoal hubungannya dengan wanita lain.

Dia juga menghadapi pertuduhan menyepak kaki dan menumbuk bibir mangsa pada pukul 5.30 petang hari yang sama di rumah kawan mangsa di Blok 311, kem yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Saad dalam rayuannya bagi memohon hukuman ringan memaklumkan dirinya telah berkahwin lain dan sudah bercerai dengan Normaizura yang merupakan seorang pembantu tadika.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dalam keputusannya melepaskan Mohd Saad dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,000 oleh seorang penjamin dan menasihatkannya agar tidak mengulangi kesalahan itu.

“Kes ini melibatkan keganasan rumah tangga. Saya harap awak tidak ulangi kesilapan ini tidak kira terhadap isteri, anak atau sesiapa sahaja. Saya percaya ini adalah kes pertama awak dan tidak akan berulang,” katanya.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah.

Bagi kes berasingan di mahkamah sama, Noor Zaihan menjatuhkan hukuman denda RM700 atau penjara dua minggu jika gagal membayar denda itu ke atas pekerja kontrak Teruna Indera Yusof selepas dia mengaku salah menampar pipi kakaknya.

Teruna Indera, 26, mengaku menampar Yong Hamizah, 27, pada 1.30 tengah hari, 23 Mac lepas di Jalan Tas 3, Taman Tas di sini, semasa mereka bertengkar.

Teruna Indera menjelaskan denda itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori