PELAKON muda, Miera Leyana kini lebih selektif dalam memilih watak dan tidak mahu dipandang mampu membawa watak antagonis sahaja.
Menurut Miera, 23; kepada sebuah portal berita, dia tidak mahu menjadi pelakon ‘stereotype‘ yang hanya pandai membawa satu watak sahaja tetapi mahu tampil versatile dalam setiap lakonannya.
“Miera tidak mahu jadi pelakon ‘stereotype’. Mahu cuba bawa watak lain tetapi Memori Cinta Suraya memperlihatkan saya watak antagonis.
“Miera pun mula dengan drama Kamelia Katrina bawa watak baik. Saya berharap watak sebegitu akan lebih banyak supaya tidak antagonis sahaja dan lebih versatile,” katanya.
Jelas pelakon muda ini lagi, untuk mengelak daripada dilabel sedemikian, Miera cenderung untuk memilih skrip, namun tidak menolak sekiranya masih ditawarkan watak antagonis.
“Saya sekarang cuba mencari skrip lebih baik untuk kurangkan antagonis itu. Harapannya dapat bawa watak baik. Boleh saja tetapi ini asyik antagonis saja,†jelasnya kepada portal itu.
Selain itu, pelakon Memori Cinta Suraya ini juga akui dirinya telah dimiliki, namun kerjaya lakonan menjadi keutamaannya.
“Miera masih 23 tahun. Fokus pada karier, bukannya hendak kahwin esok. Relax dulu, cuba fokus satu persatu. Percintaan itu masih di belakang,†katanya sambil tersenyum. – MYNEWSHUB.CC