SEORANG pelajar di Phoenix, Arizona ditangkap polis kerana menayangkan zakar ketika bergambar dengan pasukan bola sepak sekolahnya, pada Isnin.
Tangkapan dilakukan selepas pihak sekolah tanpa sengaja mencetak gambar tersebut dalam satu ruangan buku tahunan sekolah dan mengedarkan buku itu kepada ribuan pelajar.
Jurucakap Sekolah Red Mountain Helen Hollands berkata, gambar itu dicetak  tanpa menyedari pelajar berkenaan, Hunter Osborn, 19, menayangkan zakarnya dalam salah satu gambar yang dimuatkan.
Jika dilihat secara umum, gambar pasukan bola berpakaian seragam itu kelihatan normal tetapi jika diteliti, pemain yang mengenakan baju bernombor 42 berdiri dalam keadaan seluar sengaja dilucutkan.
Sepatutnya 3,400 pelajar menerima buku tahunan tersebut tetapi sehingga penangkapan Osborn dilakukan, hanya 250 buah naskah telah diedarkan.
“Kami bernasib baik kerana sebilangan besar buku ini masih berada di dalam kotak,” kata Hollands.
“Dia (Osborn) berhadapan dengan 69 tuduhan pelanggaran undang-undang kerana berkelakuan tidak senonoh dan satu tuduhan pesalah bawah umur,” ujar jurucakap polis Mesa Steve Berry.
Apabila disoal siasat pihak polis, Osborn mengakui sengaja melakukan perkara tidak bermoral itu dan mengakui menyesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya. – MYNEWSHUB.CC